Kongsi Video Di IG Story, Neelofa Kembali Pakai Cincin Risik?

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan selebriti popular, Neelofa dikatakan sudah putus hubungan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Bagaimanapun, baru-baru ini Neelofa berkongsikan video di Insta Story mengenai platform Markaz Tijaari hasil usahasama bersama PU Riz.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Neelofa dolihat memakai sebentuk cincin di jadi manis tangan kanannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu merupakan cincin risik yang diberi oleh keluarga PU Riz.

Malah, imej cincin dijari Neelofa itu lebih jelas kelihatan dalam satu perkongsian video Insta Story ketika mempromosikan produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini.

Sehingga kini status hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu. PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SUMBER: Kosmo via glpop