‘Langit Tidak Selalu Cerah’- Bekas Pelaku Kongsi Pengajaran Buat Per4gut

Sejak beberapa hari ini tular perkongsian video r4gut yang dilaporkan berlaku di Eco Sanctuari, Telok Panglima Garang membabitkan seorang guru wanita berusia 51 tahun dan per4gutnya yang menaiki motosikal serta menggunakan senj4ta.

Per4gut yang berusia 25 tahun itu bagaimanapun dilaporkan telah berjaya ditahan pihak p0lis di Shah Alam pada sekitar jam 4 petang semalam seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Tangkap layar video ragut yang tular sebelum ini.

Apa yang mencuri perhatian daripada kejadian ragut kali ini bagaimanapun bukanlah suspek berkenaan namun ianya adalah perkongsian daripada netizen mengenai kejadian tersebut seperti yang dibuat Sulaiman (bukan nama sebenar) di media sosial baru-baru ini.

Mengakui dirinya adalah ‘bekas pelaku’ kejadian yang hampir sama, berikut adalah nasihat pertama Sulaiman kepada mereka yang tanpa segan silu melakukan jen4yah r4gut di luar sana.

‘Langit tak selalu cerah’

Pesanan Sulaiman

Tidak perlu menunggu lama, kata-kata Sulaiman itu kemudiannya menjadi kenyataan apabila per4gut berkenaan telah pun berjaya ditahan pihak p0lis tidak sampai 24 jam kemudian.

Bila sudah ditahan dan ditangkap pihak p0lis, nasihat seterusnya daripada Sulaiman ini mungkin boleh dijadikan panduan seterusnya kepada per4gut berkenaan (atau per4gut-per44gut di luar sana yang masih bebas).

“Dekat luar, semua rasa hebat. Kau rasa kau lah ter-paling gengster, ter-paling kaki s4mun, ter-paling kaki r4gut, kaki perempuan.

“Tapi kalau dekat dalam (penj4ra) ada checker ada ukp. Sorry brader. Itu jam tak ada kompromi. Makan nasi lembik dengan kuah sayur tawar,” kongsinya yang menjelaskan pernah melalui situasi sama sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai pengalamannya berada di ‘dalam’, Sulaiman memberitahu mereka yang melakukan jen4yah ini juga akan melalui pelbagai kesukaran yang mungkin mengejutkan mereka.

Antaranya adalah perselisihan faham dengan tah4nan-tah4nan lain malah perkara kecil seperti makanan dan sebagainya.

Antara kesukaran yang bakal dihadapi.

Berdasarkan pengalamannya itu, Sulaiman kemudiannya mengingatkan kepada mereka yang masih melakukan perbuatan terkvtuk itu agar bersedia dan mempunyai hati yang kering serta tidak bercakap besar.

Untuk menjadi seorang s4mseng jelasnya, mereka ini perlu bertanggungjawab atas tindakan dan perbuatan yang telah dilakukan dan bukannya menyusahkan orang lain seperti ibu bapa.

“Aku tiga kali kena pegang, kena sumb4t. Aku telefon emak aku beritahu ‘Along kena pegang, kecil punya hal. Doakan Along tau‘.

“Tak ada aku suruh emak aku datang jamin, jual tanah itu ini. Aku hadap sendiri sampai sarjan tu gempam aku ‘berlayar lagi kau kali ini’,” kongsinya sambil berselor0h.

Dalam perkongsiannya itu, Sulaiman bukan sahaja menceritakan apa yang bakal berlaku kepada penjen4yah, namun turut menasihatkan orang ramai di luar sana agar lebih bersedia sekaligus dapat mengelakkan daripada menjadi m4ngs4.

“Sebab itu aku pesan dulu dalam beberapa ciapan aku. Jangan bawa wang tunai banyak-banyak. Guna kad debit atau kredit saja.

“Kalau bawa juga, jangan bawa banyak. Duit letak dalam poket,jangan letak dalam handbag, purse. Boleh jadi kerugian besar,” pesannya kepada netizen sebelum mengakhiri perkongsian tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/