Jil4t ‘B4bi Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Kemb4ng Tekak – “Dahlah Letak Atas Mangkuk T4ndas Lepas Tu…”

Aksi eksperimen selebriti media sosial, Aisar Khaled terhadap gel penyejuk badan yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini di saluran YouTubenya mengundang rasa jijik segelintir netizen.

Mana tidaknya, dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu, Aisar melakukan eksperimen merendam gel penyejuk badan itu ke dalam beberapa bekas berisi cecair berwarna dan dibiarkan semalaman di tepi tandas.

Kemudiannya, Aisar bersama seorang gadis dikenali sebagai Syasya Rushdiena mencabar satu sama lain untuk menjil4t gel penyejuk badan yang sudah kembang dan dipanggil dengan nama ‘b4bi air’ itu.

Aisar yang kalah dalam cabaran itu dikehendaki menjilat salah satu daripada ‘b4bi air’ yang dipegang Syasya.

“Tak rasa apa-apa, you nak try?” demikian reaksi Aisar selepas menjilat ‘b4bi air’.

Video yang ditonton lebih 148,000 kali itu turut dikongsikan di Twitter. Namun, komen-komen di video berkenaan kebanyakannya kurang selesa dengan aksi Aisar.

“Dah 2021 pun ada orang suka content macam ni? Educate yourself,” komen Asnawi MN.

Tambah Frish Zee; “Dalam toilet cakap Bismillah, lepas tu berdua dalam satu bilik. Itu sweet?”

“Eee dah lah Cool Fever tu letak atas mangkuk t4ndas, habis tu pergi jilat,” tulis Nur Amni.

“Zaman sekarang ni kena pandai menyimpan. Salah satu benda penting yg kita kena simpan adalah bodoh. Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk sangat,” tambah Afieq Shazwan.

Oleh kerana video terbabit mendapat sambutan, Aisar memaklumkan kepada pengikutnya di YouTube untuk membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping ‘b4bi air’ pula selepas ini.

Wajah kacukan Aisar jadi kegilaan

Aisar Khaledd terlebih dahulu bergelar selebriti media sosial sebelum dibuka peluang dalam lakonan. - Foto IG Aisar Khaledd

KUALA LUMPUR: Berwajah kacukan Melayu-Jordan dan bertubuh tinggi lampai menjadi kelebihan pelakon baharu, Aisar Khaledd, 20, untuk mendapat jalan mudah disunting sebagai pelakon.

Sebelum ini, Aisar terlebih dahulu dikenali sebagai selebriti media sosial atau Instafamous sejak sekolah menengah.

Rezeki menyebelahinya apabila pengarah, Michael Ang membuka laluan dengan memberikannya peluang membintangi drama Chandelier, tidak lama dulu.

Bergandingan dengan pelakon popular, Ben Amir dan Mimi Lana, Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel memegang watak Iskandar. Rezekinya berganda apabila bakatnya mula diperhatikan dan membolosi pencalonan top 20 Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

“Saya menceburi dunia lakonan hanya secara kebetulan. Saya tidak menolak untuk mencabar diri apabila peluang datang tanpa diduga.

“Sebelum ini, saya lebih dahulu mencari rezeki dengan menjadi selebriti media sosial dengan mempromosi kempen dan jenama produk terkenal.

“Platform media sosial membuka laluan saya untuk ditawarkan bergelar pelakon. Selepas membintangi drama Chandelier, syarikat produksi Zeel Production pula menawarkan saya watak Pian untuk drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta.

“Saya bergandingan dengan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan Rozita Che Wan dalam drama yang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3,” katanya kepada BH Online.

Bakat Aisar Khaledd mula diperhatikan apabila bergandingan dengan Ben Amir dan Mimi Lana menerusi drama Chandelier. - Foto IG Aisar Khaledd

Mengulas pencalonan dalam ABPBH 33, anak bongsu daripada tiga beradik itu tanpa berselindung, mahukan kemenangan bagi mengukuhkan nama dan populariti.

“Saya percaya ABPBH menjadi lesen dan memberi impak besar kepada kerjaya seni seseorang selebriti. Saya tak menyangka berjaya menembusi pencalonan biarpun masih hijau dalam dunia lakonan.

“Ia menjadi penanda aras kepada laluan kerjaya seni yang diceburi secara tak sengaja. Siapa tidak menginginkan kemenangan. Saya percaya jika ada rezeki menang mampu memperluaskan perjalanan kerjaya saya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur berada dalam senarai top 20. Jika rezeki tertulis jadi milik saya, insya-Allah pasti akan dalam genggaman,” katanya.

Biarpun masih hijau apabila kerjayanya bermula tahun lalu, Aisar mempunyai pengaruh dan kelompok pengikut yang besar menerusi media sosial.

“Saya baru menubuhkan kelab peminat, Aistars. Saya mewujudkan kumpulan Telegram untuk mengemas kini perkembangan semasa.

“Selain media sosial, Telegram menjadi medium saya mendekati peminat yang menyokong saya. Saya turut aktif memuat naik video menerusi laman YouTube,” katanya.

Sumber Gempak/bharian

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : 2.e-kisah.com