“Saya pun teringin nak kahwin” – Dayang Nurfaizah Akui Cembvru Tengok Ramai Artis Dah Kahwin

Mungkin ramai yang sudah lama tidak mendengar khabar berita dari penyanyi bersuara lunak ini. Tahun ini usianya sudah menjengah 40 tahun dan Dayang Nurfaizah akui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi selepas melihat ramai rakan artis sudah menamatkan zaman bujang.

Bagaimanapun, Dayang berkata dia juga teringin untuk bergelar isteri. Ujarnya, dia tidak merancang namun menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

“Saya tak merancang tapi saya jealous… tapi semua itu adalah soal jodoh. Saya pun teringin tapi tengok la macam mana, insyaAllah kalau ada jodoh nanti,” katanya kepada mStar.

Ogos tahun lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan apabila penyanyi itu dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Hael Husaini, namun gosip tersebut dinafikan oleh Hael.

Bagaimanapun, sebelum ini, Hael mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya serta menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.

 

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohmypress.com