Masih Ingat Tak Lagi Rosalinda, Dah 50 Tahun Masih Cantik

Dah 50 Tahun Pun Tetap Cantik, Wajah Awet Muda ‘ROSALINDA’ Curi Tumpuan!

THALIA ‘ROSALINDA’ & ‘MARIA MERCEDES’

Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes, Marimar dan Rosalinda sekitar tahun 90an ini? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico tersebut nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri berkenaan hingga ke hari ini.

Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda meniti usia 50 tahun pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!

Jelitawan ini juga sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun. Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.

Wajah terkini Thalia

Ketika di zaman muda

 

Thalia sewaktu membintangi telenovela Rosalinda

Ketika menjayakan watak Rosalinda tahun 90an

 

Thalia di samping suami, Tommy Mottola

Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpis4h pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.

Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikm4ti kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat! Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.

Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube! Terbaharu, klip videonya berjudul Tick Tock pula mencatat lebih 12 juta tontonan meskipun baru 2 bulan dimuat naik. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!

Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.

Gemar aktiviti lasak

sekarang beliau semakin h 0   t g1la, video ada bawah

 

Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki t  vbuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.Nona

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Thalia (@thalia)

Kredit foto: Instagram Thalia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Apaceritatv.com.my