“Keputusan ini dah lama saya fikirkan” Shuib umum tinggalkan Hot FM selepas dua tahun jadi penyampai ‘Geng Pagi Hot’

PELAWAK yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada stesen berkenaan.

Mengumumkan berita sed1h itu semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH), Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, berkata dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu sehinggalah nekad dengan keputusan tersebut.

“Ini masa sesuai… nak kata sesuai sangat pun tak pastilah tapi saya nak umumkan secara rasmi hari ini 18 Januari saya tidak lagi bersama GPH.

“Keputusan ini dah lama saya fikirkan… saya dah maklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan dan penerbit program.

“Beberapa hari lagi genap dua tahun saya di sini dan tarikh akhir kontrak bersama Hot FM adalah pada 31 Januari ini, ” katanya semasa bersiaran di konti pada pagi.

Perkongsian di laman Instagram Hot FM.

Pengumuman Shuib itu bukan sahaja mengejutkan pendengar, malah rakan penyampai GPH iaitu Shuk dan Fizie turut memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai perkara ini.

“Kau biar betul Shuib? Apa yang drastik sangat keputusan kau ni. Main-main ke betul-betul?

“Kita dah janji GPH kita bertiga… dah la kita baru tahu masa kau buat pengumuman ni je, ” kata Fizie dan Shuk.

Sementara itu, menerusi Instagram Hot FM memaklumkan Shuib mengambil keputusan untuk men1ngg4lkan Hot FM kerana memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

Shuib sudah dua tahun berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM.

“Setelah dua tahun bersama GPH, Shuib memutuskan untuk menumpukan perhatian dalam businessnya.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Shuib. Dengarkan minggu terakhir Shuib bersama GPH minggu ini, ” tulis pengendali akaun berkenaan.

Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM pada awal Februari 2019.

Sebelum ini, Shuib bersama Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya.

 Kredit : MStar, HotFm

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.hmtnws.pw