Lelaki Ini Dakwa Ibu Neelofa ‘Ambil’ Resepi ‘HarimauMenangis’ Dari Sebuah Restoran Terkenal

Kecoh di media sosial apabila ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya itu.

Rentetan daripada isu tersebut, Noor Kartini memuat naik satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum mengapa pihaknya perlu melakukan pendaftaran tersebut.

Terbaru, menerusi Facebook Farhan Yaacob, lelaki ini mendakwa resepi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh Aunty Tini Kitchen itu merupakan resepi asal milik restorannya di Kelantan.

Dia juga mendakwa memberikan resepi tersebut kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini.

“Disclose isu Harimau Menangis Demi saya, isteri dan SIAM (Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food). To be honest, Resepi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan).

“Saya sendiri yang berkongsi resepi rahsia Siam tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka.

“Saya, isteri dan Siam tiada masalah apabila mereka komersialkan (walaupun terasa hati kerana 1st priority mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah).

“Tetapi apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab. Ini adalah untuk clear semua part kerana ramai yang tahu dan tag saya di media sosial.

Menurut Farhan, dia mendakwa Auntie Tini Kitchen telah menggunakan resepi asal restoran miliknya yang dikenali dengan nama SIAM.

Dia juga mendakwa resepi tersebut dikongsikan sendiri olehnya kepada pihak berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga mereka menghubunginya.

Oleh kerana mempercayai konsep kekeluargaan, Farhan dipercayai telah memberikan resepi restoran tersebut. Jelas Farhan lagi, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video.

“Ada dikalangan keluarga mereka yang membantah kerana 1st priority permintaan resipi atas dasar sebuah keluarga, dan saya tidak dimaklumkan secara rasmi idea komersial.

“Biarlah semua berniaga walaupun menunya sama, kerana benda sedap pasti akan ada yang menunggu. Hubungan Saya, Isteri dan SIAM serta keluarga Auntie Tini tiada apa apa isu dan bersahabat rapat sehingga saat ini.

“Perkataan ‘Gol’, tiada mana-mana negara claim, kerana perkataan ini membawa maksud sama, common.

“SIAM bukan perintis Harimau menangis, sahabat kami sebelum ini dikenali Hostel Pantai juga popular dengan Harimau menangis, ia adalah hak milik sesiapa sahaja.

Di akhir perkongsiannya itu, Farhan memberitahu bahawa hubungannya bersama keluarga Noor Kartini tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga sekarang ini.

Menurutnya lagi, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu yang sama. Namun, mengenai Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja.

Sebelum ini tular video ibu Neelofa mengatakan resepi Harimau Menangis sudah didaftarkan sebagai trademark miliknya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mediakl.my