‘Arw4h tak dem4m dan aktif’ – Bayi men1ngg4l di rumah pengasuh, ibu jelaskan hal sebenar

PUTRAJAYA – “Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan,” kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bayinya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan men1ngg4l dunia di rumah pengasuh di Presint 9, di sini, semalam.

Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

“Dalam laporan p0lis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bayi saya dem4m atau selsema. Bahkan pengasuh melaporkan bayi dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.

“Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.

“Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau berkata, selepas kejadian berkenaan beliau dan dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.

Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kec4man di dalam sosial media.

“Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.

“Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang bayi empat bulan men1ngg4l di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.

Pengasuh berkenaan sedar bayi itu sudah men1ngg4l dunia selepas cuba mengejutkan bayi itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.

Berikutan itu, pengasuh berkenaan terus menghubungi ibu bayi berkenaan dan pihak h0sp1tal untuk tindakan lanjut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita