Tok Pa disahkan positif Cov1d-19

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif c0v1d-19.

Perkara itu disahkan selepas beliau mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi.

Pejabat Menteri di JPM (Ekonomi) menerusi kenyataan media berkata, beliau menjalani ujian saringan c0v1d-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur, pagi semalam.

“Beliau sudah dimasukkan ke h0sp1tal Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” katanya.

“Pada 1 Januari, beliau sudah menjalani ujian saringan c0v1d-19 dan keputusannya adalah negatif.

“Beliau memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara ini dan memohon agar semua pihak berdoa kepada Allah SWT memudahkan urusan kita semua,” katanya.

Peningkatan kes kem4tian membimbangkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan peningkatan jumlah kes kem4tian akibat c0v1d-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, setakat sembilan hari dalam tahun baharu ini sebanyak 71 k3s kem4tian akibat pandemik itu direkodkan, berbanding kurang daripada 100 kem4tian dicatatkan dalam sembilan bulan pertama tahun lalu.

“Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga Allah lindungi kita semua. #Kitajagakita,” katanya menerusi akaun Twitter.

Sembilan jam selepas dimuat naik, hantaran itu menerima 9,334 respon suka dari pengguna Twitter, sebanyak 7,856 kali diulang ciap dan menerima 232 komen.

Seorang pengguna Twitter Ariff Zuber dalam komen maklum balasnya berharap kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh supaya tidak lagi berlaku k3s kem4tian c0v1d-19.

“Kesian dekat jen4zah sebab keluarga tidak boleh hendak bagi mandi untuk kali terakhir dan juga solat jen4zah untuk si m4ti buat kali terakhir,” menurut ciapannya.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif k3s kem4tian c0v1d-19 sebanyak 542 kem4tian atau 0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan k3s sebanyak 133,559 kes.

Malaysia merekodkan k3s kem4tian harian tertinggi akibat c0v1d-19 iaitu sebanyak 16 kem4tian pada Jumaat lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita