Maaf, kami tak rela hero kami diperlakukan sebegini…

Astagfirullahal’azim… Terkejut sakan bila melintas posting ni di wall admin. Maaf, kami tidak sesekali rela hero kami, Ebit Lew diperlakukan sedemikian rupa hanya untuk publisiti murahan demi ‘mileage’ politik puak-puak tertentu.

Tak kiralah daripada pihak @ parti politik mana sekalipun! Ini adalah sesuatu yang amat tidak patut dilakukan kerana ia akan turut mengguris hati kami bahkan pemilik gambar ini juga. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kerja-kerja amal Ebit Lew melangkaui sempadan politik, bangsa dan agama!

Jangan ambil kesempatan untuk menangguk di air keruh jika puak- atau parti sendiri tidak turun padang menyantuni rakyat marhaen dan hanya menjengah rakyat marhaen bila menjelang pilihanraya lantaran b1mbang kehilangan kuasa!

Kami tidak rela hero kami diperlakukan sebegini!!!

Sumber : Haliabara