Orang ramai b4njiri pasaraya beli makanan dan barangan keperluan harian

SUSULAN kerajaan dijangka akan melaksanakan kawalan SOP pergerakan yang lebih ketat dalam masa terdekat, orang ramai dilihat berpusu-pusu membeli barangan keperluan di pasaraya di Klang, Selangor.

Majoriti mereka dilaporkan menyerbu ruang jualan makanan bagi membuat persediaan menghadapi pengumuman kerajaan.

Orang ramai beli makanan

Menteri kanan pertahanan, Ismail Sabri sebelum ini memberitahu bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perintah kawalan SOP lebih ketat esok. Orang ramai menjangkakan akan berlaku sekatan untuk membeli makanan.

Oleh itu, bagi kawasan zon merah c0v1d-19, penduduk di kawasan itu percaya bahawa daerah Klang tidak akan terkecuali daripada langkah kawalan pergerakan yang lebih ketat justeru menyaksikan orang ramai membanjiri pelbagai premis dan pasaraya untuk mendapatkan bekalan keperluan dan makanan.

Beratur panjang

Kawasan jualan makanan di pasarraya terbabit dipenuhi orang ramai yang berbaris panjang tidak ubah seperti pemandangan sebelum ini apabila orang ramai dilihat membuat ‘pembelian panik’ sebelum kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kawasan jualan makanan

Bagi yang tak mampu buat pembelian panik, mereka hanya mampu panik.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : milosuam