Kuat beribadah dan sering berdoa, identiti pilot Sriwijaya Air didedahkan

JAKARTA – Suasana p1lu menyelubungi rumah Kapten Afwan yang terletak di Komplek Bumi Cibinong Endah, RT 1/10 kec4matan Cibinong, Kabupaten Bogor sebaik sahaja diberitahu mengenai penemuan serpihan dan cebis4n daging dipercayai penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang jatuh di Kepulauan Seribu.

Kapten Afwan merupakan juruterbang yang mengendalikan pesawat mal4ng tersebut bersama pembantu Diego Enrile Mamahit.

Setakat pukul 9 malam tadi satu persatu saudara dan jiran tetangga mulai berkunjung ke kediaman beliau bagi memberi semangat kepada ahli keluarga agar terus sabar dan tabah dengan ujian ini.

Seorang kenalan Kapten Afwan menyifatkan beliau seorang yang kuat beribadah dan sering berdoa setiap kali sebelum berlepas.

“Terkejut dan sed1h apabila mendengar berita Sriwijaya hari. Crew yang ku kenal selama bekerja di Adam Air dan di Sriwijaya Capt Afwan .

“Captain yang tidak pernah lupa untuk berdoa sholat, captain yang baik. Setiap aku buat jadwal terbang dan merivese Captain Afwan dan mas Diego Mamahit tidak pernah menolak.

“Selalu menghargai pekerjaan Mas Diego Enrile Mamahit yang sangat baik, murah tertawa juga cabin crew semoga Tuhan melindungi kalian semua saudaraku. Kenangan bersama kalian adalah hal terindah yang sudah Tuhan berikan kepadaku, ” kata Berlian Tobing Amd.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan Kapten Afwan adalah sehari sebelum penerbangan iaiatu pada malam Jumaat 8 Januari.

“Jumat malam 8 Jan 2021 kita masih saling komunikasi Captain Afwan ternyata itu terakhir kita berbicara, sed1h , menangis aku captain Afwan dan mas Diego tidak percaya secepat ini kejadian nya..Tuhan menguatkan semua kel captain dan mas,” katanya.

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.

Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam ini, berkata pesawat itu dipercayai terhemp4s di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Presiden (Presiden Indonesia Joko Widodo) memberikan arahan kepada kami untuk memaksimumkan upaya pencarian,kata Budi Karya.

Beliau berkata, pelbagai agensi mencari dan menyelamat seperti Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dan Tentera Indonesia, sedang melakukan pencarian di perairan itu.

Sementara itu, Deputi Operasi dan Kesiapsiagaan BASARNAS, Bambang Suryo Aji berkata tumpuan pencarian kini adalah bagi mengesan titik koordinat jatuhnya pesawat itu.

“Diharapkan malam ini kita dapat mengesan titik lokasi pesawat itu jatuh terlebih dahulu dan usaha pencarian seterusnya akan disambung esok pagi,” katanya.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat itu djadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita