Pernah Sam4n-Menyam4n, Sekali Azwan Ali Kena Berlakon Bersama Ogy

Kuala Lumpur: Pengacara, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA mengakui sudah mula bertegur sapa dengan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Azwan berkata, apa yang boleh diperkatakan adalah hubungan dengan Ogy sudah tidak ada lagi masalah.

“Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes sam4n-menyam4n, itu adalah kisah lama.

“Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu,” katanya.

Azwan yang juga pengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK 2) berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama bersiri Diva Popular, semalam.

Tidak lama dahulu hubungan kedua-dua selebriti itu pernah bermasalah hingga membabitkan kes sam4n.

Menurut Azwan, dia dan Ogy juga sama-sama terbabit dalam drama bersiri itu, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini.

“Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. 

“Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertvmbuk ke, tarik rambut ke,” selor0hnya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM