CEO KWSP jangka ramai akan jadi papa kedana jika keluarkan duit akaun 1? Ini Penjelasannya

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir.

“Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya.

Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

http:/ /wowberita.my /kwsp-papa-kedana

Pengeluaran Akaun 1: Akan ada isu masa depan pencarum, KWSP

Oleh Rohaniza Idris – Oktober 31, 2020 @ 6:25pm

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum.

Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat.

Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan, pelaburan

“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat.

“Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion.

“Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah.

“Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta p0lisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terk3san akibat penularan cov1d-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan w4b4k berkenaan.

Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik.

Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya.

“Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP.

“Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran h0sp1tal, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan k3selamatan Sosial (PERk3sO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah.

Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi.

“Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi k3san kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang.

“Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya.

https:// www.bharian.com.my /berita/nasional/2020/10/748430/pengeluaran-akaun-1-akan-ada-isu-masa-depan-pencarum-kwsp

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : apaceritatv.com.my