‘Dim4ki, kena romp4k kami red4h’

PETALING JAYA – “Bukan setakat dim4ki sahaja bang, saya pernah juga dir0mp4k oleh sekumpulan lelaki ketika saya dalam perjalanan menghantar bungkusan kepada pelanggan.”

Begitulah luahan seorang penghantar barang dari syarikat J&T yang hanya mahu dikenali sebagai Nafiz, 24, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Nafiz berkata, orang ramai terutamanya pe­langgan hanya nampak kelemahan penghantar-penghantar barangan sahaja selama ini, namun hakikatnya ramai yang tidak tahu apa yang telah dilalui oleh mereka semua.

“Kalau dim4ki, saya rasa hampir sebulan tu memang akan ada sekali, pelanggan hanya mahu barang mereka cepat sampai. Kami sedaya upaya akan memberikan perkhidmatan terbaik sebab inilah punca rezeki dan periuk nasi kami.

“Masalah jika berlakunya kelewatan kadang-kadang alamat yang diberikan tidak lengkap. Ada juga kalau kami hubungi pe­langgan mereka tidak menjawab dan tidak menghubungi kami balik, sehabis mungkin kami cuba untuk cepatkan penghantaran, apa yang kami dapat adalah makian,” jelasnya.

Tambahnya, jarang jumpa pe­langgan yang menghargai pekerjaan mereka kerana berpendapat pekerjaan sebagai penghantar barangan adalah pekerjaan low class tidak seper­ti bekerja di pe­jabat dalam bilik berhawa dingin.

“Bukan tiada yang hargai, tapi jarang. Lepas ambil barang yang kami hantar kadang-kadang tu ucapan terima kasih pun tidak apatah lagi senyuman.

“Saya pernah diromp4k oleh sekumpulan lelaki di satu kawasan perumahan setinggan, masa itu saya tengah cari sebuah rumah. Saya ditahan dan salah seorang daripada mereka acukan pis4u kepada saya.

“Mereka ambil wang tunai yang ada dan dalam wang tunai itu ada wang yang dibayar oleh pelanggan untuk caj penghantaran, terpaksa saya gantikan semula wang tersebut kepada syarikat,” jelasnya yang pernah mengalami tiga kali kem4lang4n ketika menghantar barangan.

Sementara itu, bagi penghantar makanan dari syarikat Food Panda, Mohd. Rostam Tajuddin, 35, pula berkata, apa yang orang ramai lihat dalam gambar ­mahupun video yang tular ­berkenaan kesusahan mereka ketika menghantar pesanan jelasnya, itulah yang mereka hadapi saban hari.

“Kadang-kadang untuk ­kejar komisen, kami tidak makan. Maklum sajalah gaji kami bukan besar mana. Jika ada mahu guna perbelanjaan lebih, kami ‘pulun’ banyak pesanan.

“Dalam hujan lebat, panas terik semua kami redah demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Mungkin ada segelintir daripada kami yang kerja main-main. Tapi kebanyakan daripada kami memang mahukan wang ­untuk menyara keluarga,” jelas­nya yang kehil4ngan pekerjaan ­sebagai warga media setelah syarikatnya sebelum ini gulung tikar.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kosmo