Wajah m4y4t gadis ini telah selamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia

ANDA mungkin tidak kenal dan tidak pernah tahu wujudnya gadis ini. Gadis ini telah men1ngg4l dunia lebih 140 tahun yang lalu, iaitu sekitar tahun 1880, namun wajah m4y4tnya telah menyelamatkan jutaan nyawa di seluruh dunia.

Mungkin juga nyawa anda sendiri, keluarga atau kenalan turut sama pernah diselamatkan oleh wajah m4y4t wanita ini tanpa anda sedari.

L'Inconnue de la Seine

Wanita ini tidak diketahui namanya, namun telah diberi gelaran L’Inconnue de la Seine (wanita tidak dikenali dari Seine).  Pada lewat tahun 1880 an, m4y4t seorang gadis telah ditemui m4ti lem4s di Sungai Seine yang terletak di Paris.

Tidak ada siapa yang tahu apa sebenarnya telah terjadi kepadanya, walaupun ada khabar angin pada waktu itu yang mengatakan wanita mal4ng ini m4ti selepas membunvh diri. Malah ketika itu tidak ada seorang pun kenal siapakah wanita ini sebenarnya.

Ketika m4y4tnya ditemui di Sungai Seine, Paris tiada sebarang kesan lvk4 atau leb4m pada mana-mana bahagian badannya. Justeru wanita mal4ng itu dianggap m4ti lem4s kerana membunvh diri.

Tidak seperti hari ini, jika kejadian seperti ini berlaku, mungkin wajah wanita ini akan terpampang di akhbar-akhbar atau dimuat naik di media sosial. 

Namun dalam tahun 1881 di Perancis, satu-satunya cara untuk mengesan waris jen4zah tidak dikenali adalah dengan pihak berkuasa meletakkan m4y4t di tepi tingkap cermin dalam sebuah bilik sejuk supaya mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dapat melihat dan membuat pengecaman.

Pameran m4y4t

Namun apa yang menghairankan, tidak seperti m4y4t-m4y4t yang lain, jen4zah wanita ini sangat menarik perhatian orang ramai semasa dipamerkan ketika itu. Bukan sahaja individu yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan datang melihatnya, malah orang ramai yang lalu lalang turut tertarik melihatnya.

Orang ramai dikatakan tertarik dengan wajahnya yang cantik dan menawan. Namun meskipun ramai yang datang melihat, tidak ada seorang pun yang mengenali apa lagi menuntut jen4zah L’Inconnue de la Seine.

Akhirnya gadis yang dipercayai berusia 16 tahun itu dikebvmikan tanpa ada mana-mana individu yang datang menuntut jen4zahnya.

Namun ahli patologi yang mengurus dan menjalankan pemeriksaan m4y4t gadis ini, telah terpesona dengan kejelitaan wajahnya. Justeru dia telah menyimpan wajahnya dalam bentuk topeng muka diperbuat daripada kayu.

Lebih menarik topeng muka itu telah dibawa keluar dan dihasilkan dengan banyak kerana menerima permintaan tinggi dari orang ramai. Jualannya begitu laris sampaikan pembuat topeng muka tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Pada masa itu seolah-olah orang ramai tidak puas untuk menatap wajah L’inconne de la Seine sampaikan topeng wajahnya pun menjadi rebutan.

Topeng itu juga sangat popular dikalangan artis, penggiat seni, dan penulis. Ramai pelukis yang menghasilkan karya tentangnya dan ramai juga penulis yang menghasilkan buku menceritakan tentang bagaimana gadis jelita itu dibunvh atau bagaimana dia melem4skan diri di dalam Sungai Seine.

Wajah gadis ini bertahan selama berdekad-dekad lamanya sehinggalah pada tahun 1950 an, seorang pengilang alat permainan bernama Asmind S. Laerdal telah menggunakan wajah gadis ini untuk menghasilkan patung permainan yang diberi nama Anne.

Pada suatu hari, anak lelaki Laerdal yang baru berusia 2 tahun hampir m4ti lem4s jika tidak diselamatkan. 

Selepas kejadian itu, sekumpulan pakar bius telah berjumpa dengan Laerdal kerana mereka mahu kilangnya menghasilkan sejenis patung untuk menunjukkan demonstrasi teknik baru menyelamatkan m4ngs4 lem4s dipanggil teknik CPR.

Salah seorang dari mereka ialah Dr Peter Safar yang merupakan pengasas CPR dan telah menunjukkan kepada Laerdal kaedah pernafasan mulut ke mulut dan mengenakan tekanan di bahagian dada untuk menyelamatkan nyawa individu yang lem4s atau mengalami masalah pernafasan.

Dari situlah bermulanya penghasilan besar-besaran patung bersaiz manusia, untuk tujuan latihan mempelajari teknik CPR.

 Patung yang dihasilkan oleh Laerdal menggunakan wajah Anne, dan diberi nama Resusci Anne. Ia telah dijual ke seluruh pelusuk dunia. Sampai ke hari ini, dianggarkan lebih 2.5 juta nyawa manusia telah diselamatkan oleh wajah L’Inconnue de la Seine.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : milosuam