Sebagai pembuka tirai tahun 2021, pelakon Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir memilih untuk bernikah pada tanggal 1 Januari.
Mereka kini telah sah bergelar suami isteri sikitar jam 3:30 petang tadi di sebuah masjid di ibu negara dengan mas kahwin seutas rantai berlian.
View this post on Instagram
Dimaklumkan, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam dan masih lagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Majlis pernikahan mereka dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.
Kami daripada HotFM mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah!
View this post on Instagram
Sumber foto dan video: Instagram Anas Zahrin dan Instagram Ayda Jebat
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFm via AppleHijau