Ketuk4n m1steri ‘h4ntui’ Pulau Pinang

SEBERANG PERAI – Misteri ketukan pintu yang sebelum ini yang dilaporkan berlaku di Se­langor, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan kini telah ‘berj4ngk1t’ ke negeri sebelah utara pula khususnya di Pulau Pinang.

Sejak beberapa hari lalu, penduduk negeri ini khususnya yang menetap di kawasan Taman Ilmu serta kawasan berhampirannya di Nibong Tebal di sini kec0h selepas berdepan mist3ri ketukan mist3ri tersebut.

Menurut seorang penduduk, Norasmawati Allias, 40-an, ini kali pertama dia dan keluarga dig4nggu oleh bunyi ketukan mist3ri itu sejak tinggal di Taman Ilmu sejak empat tahun lalu.

“Kejadian ketukan itu berlaku dua malam berturut-turut dan pada malam ketiga, kami mengambil keputusan untuk memanggil ustaz.

“Selepas dia (ustaz) pasang ayat-ayat tertentu untuk ‘pagar’ rumah kami, Alhamdulillah, ma­suk malam ketiga, tiada lagi bunyi ketukan yang kedengaran,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Mengulas lanjut, kata Norasmawati, ketukan yang bermula sejak tengah malam, Selasa lalu itu akan kedengaran untuk tempoh selang sejam berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kediaman mereka.

“Suami saya seorang anggota p0lis dan dia cakap bunyi itu memang bukan daripada kenderaan seperti motosikal kerana berbeza dengan bunyi ekzos,” katanya.

TANGKAP layar rakaman CCTV di rumah Norasmawati di Seberang Perai yang dikatakan mengalami kejadian ketukan misteri Selasa lalu.

Dia turut mendakwa ketukan mist3eri itu masih berlaku di sekitar taman perumahan yang ­didiaminya.

Tambahnya, suami yang tidak mudah percaya dengan perkara mistik, bagaimanapun mengakui bahawa bunyi tersebut tidak pernah didengarinya sebelum ini.

“Pelik juga apabila ada suara sumbang mengatakan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi motosikal, padahal malam itu suasananya sunyi sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Abdul Razak Khamis, 50, yang tinggal di Taman Pekaka di sini memberitahu, dia turut menjadi m4ngs4 g4ngguan bunyi ketukan yang hampir sama kelmarin, namun ketukan tersebut hanya berlaku untuk tempoh satu malam sahaja.

“Saya harap tidak ada sebarang petunjuk atau kejadian pelik yang akan berlaku susulan daripada ketukan misteri ini,” ujarnya.

Kosmo! pada 18 Disember lalu melaporkan, penduduk di Sela­ngor, Melaka, Johor dan Pahang yang hidup dalam ketakutan susulan g4ngguan ketukan mist3ri itu kini tidak lagi dikejutkan de­ngan sebarang kejadian tidak ­diingini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo