Sekadar Kutip Dari Tong Sampah, Kotak PS5 Ini Berjaya Dijual Dengan Harga RM91

Umum tahu, setelah lama dinantikan para peminat, konsol Sony PlayStation 5 (PS5) sudah mulai ditawarkan secara rasmi seluruh dunia. Penawarannya yang terhad untuk pembeli terawal membuatkan konsol ini sanggup didapatkan peminat dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila kotak kosong Sony PS5 juga menjadi rebutan peminat. Semuanya bermula apabila seorang lelaki di Singapura yang dikenali sebagai Leslie Koh telah mengutip kotak Sony PS5 yang dijumpai beliau berdekatan tong sampah.

Melihatkan keadaan kotak yang masih dalam keadaan baik, lelaki ini mencuba nasib untuk mengiklankannya di laman Carousell. Tujuannya, sekadar untuk bereksperimen adakah kotak PS5 ini mempunyai pembeli atau sebaliknya. Siapa sangka, ‘sampah’ yang dijumpainya serta diiklankan dengan harga $30 (~RM91.22) berjaya terjual.

Sumber: Facebook Leslie koh

Melihatkan kepada betapa mudah untuk menjual kotak Sony PS5 ini, lelaki ini turut berkongsi kepada orang ramai di media sosial di mana peluang untuk menjual sememangnya luas. Hanya sekadar cuba, tidak merugikan buat seseorang untuk memperoleh keuntungan daripada ‘sampah’ yang ditemui

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/