Mutasi Baharu COV!D-19 Dilaporkan Mudah Berj4ngkit, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

United Kingdom baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat varian baharu w4b4k coronav1rus yang difahamkan mampu untuk menyebar c0v1d-19 dengan pantas.

Pegawai kesihatan UK pertama kali mengenal pasti varian baharu w4b4k ini pada pertengahan September, kata Maria Van Kerkhove, ketua teknikal c0v1d-19 untuk Organisasi Kesihatan Dunia, lapor NBC News.

Situasi v1rus bermutasi ini bagi Simon Clarke, profesor mikrobiologi selular di University of Reading di UK adalah perkara yang biasa terjadi. Namun apa yang dikhuatirkan adalah varian baharu w4b4k ini difahamkan boleh menyebar dengan lebih cepat.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Boris Johnson, Perdana Menteri UK telah mengadakan pertemuan tergempar bagi membincangkan pernemuan baharu ini.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock mengatakan bahawa tidak ada tanda yang menunjukkan strain baru ini cenderung untuk menyebabkan peny4kit serius.

Manakala Profesor Sir Mark Walport, anggota kumpulan penasihat saintifik UK menambah bahawa ada kemungkinan bahawa strain baru ini memiliki “kelebihan transmisi”, lapor Bournemouth Echo.

Adakah ini sesuatu yang luar biasa?

Terdapat banyak mutasi v1rus jenis ini sejak ia muncul pada tahun 2019. Situasi ini sebenarnya sudah dijangka oleh para saintis. Di mana Herald Scotland melaporkan bahawa SARS-CoV-2 adalah v1rus RNA dan v1rus ini mampu bermutasi dan berubah-ubah.

Public Health England (PHE) mengatakan bahawa, pada 13 Disember, 1,108 kes dengan varian baru ini telah dikenal pasti, terutama di selatan dan timur England. Mutasi ini kemudian telah dinamakan VUI – 202012/01.

Adakah ini sesuatu yang perlu dibimbangkan?

Masih banyak yang perlu dikaji sebenarnya, tetapi ia juga terlalu awal untuk membuat beberapa dakwaan mengenai kesan mutasi v1rus ini. Tetapi jika benar w4b4k ini telah mula menyebar lebih cepat, maka ia akan lebih sukar untuk dikawal.

Bagaimanapun, sudah ada pelbagai jenis varian c0v1d-19 dengan kesan yang belum terbukti.

Difahamkan, mutasi baharu ini mungkin mempunyai kesan serius, tetapi kajian dan penyelidikan mendalam perlu dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Adakah varian baru adalah petanda yang tidak baik?

Tidak semestinya, ia bahkan boleh jadi tidak terlalu bah4ya. Namun, jika ia merebak dengan lebih mudah, maka lebih banyak orang akan s4kit dalam jangka masa yang lebih pendek.

Apa yang sedang dilakukan oleh negara Eropah?

Beberapa negara Eropah sudah mengeluarkan larangan perjalanan dari UK disebabkan khuatir dengan penemuan baharu ini.

Jerman, Belanda, Belgia, Austria dan Itali sudah mengumumkan sekatan perjalanan dari UK sehingga memaksa berjuta-juta orang di Britain membatalkan rancangan Krismas mereka.

Boris Johnson pula telah mengeluarkan arahan untuk meletakkan London dan bahagian tenggara UK di bawah peraturan penguncian yang paling ketat iaitu Tahap 4.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/