Lps mlm prtama, pelik suami dah tak nak sentoh,bila ditanya jiijik katanya.

Assalam Admin.Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang.

Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentoh saya.

Selepas malam pertama kami, dia tak sentoh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami gelii dengan bulu r0ma pada badan saya.

Katanya dia j1jik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya.

Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sed1h sangat.

Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah.

Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa.

Tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc.

Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh bu4ng rasa j1jik tu.

Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami.

Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu.

Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami j1jik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu.

Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent.

Mereka kata kalau bulu banyak sebab h0rmon, cuma boleh bu4ng je lah.

Sebab selagi h0rmon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi bu4ng selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu.

Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja.

Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham per4ngai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu r0ma lebat di tangan saya.

Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu r0ma halus.

Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya.

Kalau jij1k kenapa tak dari dulu jij1k? Kenapa tiba2 nak jij1k?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan int1m mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat.

Dan dengan h0rmon imbalance saya ni memang saya akui nfsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya ters3ksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik.

Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak ciom saya.

Jijiik sangat agaknya.

Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia.

Bila saya marah atau sed1h dengan kata2 dia yang mengh1na fizikal saya ni saya sabarkan hati.

Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha.

Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jij1k sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni.

Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni.

Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin.

Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni.

Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam berok. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. sed1h sungguh rasanya.

Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya.

Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje.

Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia.

Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya.

Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain.

Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia?

Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentoh saya macam mana?

Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak.

Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang.

Biar dia tak perlu sentuh saya yang jiijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.

Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga.

Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia.

Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. sed1h sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari?

Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali?

Proses bu4ng bulu ni makan masa, kadang2 s4kit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

SOALAN: Saya inginkan penjelasan hukvm seorang perempuan mencukur bulu kakinya.

Adakah itu h4r4m kerana saya pernah terbaca di internet mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki.

Seorang kawan saya yang telah mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis krim.

Jawapan: Tidak ada larangan syarak terhadap mencukur bulu kaki, yang ada larangan hanyalah mencukur atau menipiskan bulu kening kerana ia dilaknat oleh Allah SWT seperti ditegaskan Nabi SAW dalam hadisnya:

“Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya,

perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan yang merubah ciptaan Allah SWT.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar)

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukvm asalnya iaitu harus.

Secara amnya, hukvm mencabut bulu di badan seperti bulu ketiak dan ari-ari, hukvmnya sunat.

Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak ialah mencabutnya, namun boleh digunakan cara lain.

Mencabut bulu kaki dan bulu lengan atau betis bagi wanita, harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.

Menghilangkan bulu kening; h4r4m sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda.

Mengenai bahan, ubat atau sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan.

Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan n4jis).

Jika ada bahan n4jis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sed1h dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijiik oleh suami.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : 2.e-kisah.com