Wanita tengah cuba bergaya untuk bergambar m4ut j4tuh setinggi 260 kaki

SEBUT sahaja OOTD (outfit of the day), mesti ramai yang suka lebih-lebih lagi kaum wanita.

Kadang-kadang mereka tidak menyedari ‘port’ bergambar yang dipilih mereka itu berba4ya.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita di Australia ini, yang dilaporkan terj4tuh dari tempat setinggi 260 kaki ketika sedang cuba bergaya untuk bergambar.

Menurut Mirror.co.uk memetik The Herald Sun, wanita berusia 38 tahun itu m4ut apabila tergel1ncir pada penghadang keselamatan dan jatuh dari Boroka Lookout Boroka Lookout di Victoria’s Grampians National Park, Australia, sekitar jam 3 petang semalam.

Katanya, seorang pelancong dari Craigieburn, Melbourne, itu mengunjungi kawasan tinggi yang cantik itu bersama keluarganya.

Difahamkan, tragedi itu berlaku di hadapan saudara-mara yang berada di tempat kejadian.

Wanita itu sedang mengambil gambar ketika dia j4tuh.

Difahamkan, p0lis telah melakukan si4satan dalam kejadian itu tetapi kem4tiannya tidak dianggap mencurigakan.

The Advertiser turut melaporkan, operasi bersama p0lis dan Perkhidmatan Kecem4san Negeri (SES) akan mengambil m4yat wanita itu dari tempat kejadian.

Seorang jurucakap SES berkata, “Pada mulanya ada rancangan untuk kami menghantar pasukan mencari dan menyelamat, tetapi kemudian kami menyedari betapa pentingnya kejadian itu.”

Jurucakap itu menambah bahawa wanita itu j4tuh “sekurang-kurangnya” 80 meter.

Helikopter Victoria Police Air Wing juga berada di tempat kejadian tragis itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sinar