Video: N0rman Hakim PeIvk dan MerangkuI Erat Seorang GADlS Jadi PerbuaIan Org Ramai

Umum sedia maklum bahawa keluarga besar pelakon Norman Hakim sememangnya meriah.

Ini apabila dia dan bekas isteri iaitu Abby Abadi tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan sehingga masing-masing kekal akrab.

Aktor bertubuh sasa itu juga tidak lokek berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak.

Mereka sudah meningkat dewasa dan pastinya hubungan mereka sangat rapat.

Menerusi satu perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu telah memuat naik satu video kejutan daripada anak gadisnya Marissa Dania Hakim.

Ini apabila hadir ke set pengambaran secara senyap-senyap untuk bertemu dengannya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Marissa yang memakai pelitup mulut berpura-pura menghantar air kepada bapanya.

Dia ketika itu sedang melakukan perbincangan semasa sedang menjalani pengambaran drama The Maid.

Tidak lama selepas itu, Norman Hakim perasan akan kehadiran anaknya dan terus memeluk dan mencium dahi puteri tersayang.

Situasi tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata berasa terharu melihat momen dua beranak ini yang terlihat sangat akrab.

Mereka juga berasa ‘cembvru’ melihat hubungan bapa dan anak gadisnya yang sangat dekat.

Ini sehingga Marissa menitiskan air mata kerana merindui bapanya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Keakraban pasangan anak beranak ini telah menjadi bualan hangat netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Sumber: Norman Hakim

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : lamanmaya