Wani Comel Pertah4nkan Diri Selepas Diteg0r Netizen Untuk Jaga Pemakanan – “Salahkan Saya Orang Kampung Yang Tak Pernah Merasa …”

Gadis obesiti, Wani Comel tampil menjelaskan selepas terdapat segelintir netizen mempertikaikan tindakannya menikm4ti makanan yang tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya.

Jelas Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia hanya memakan sekadar untuk merasa.

“Saya jaga makanan yang saya makan. Saya tak makan yang bukan bukan. Doktor pun cakap saya boleh makan dalam kuantiti yang sikit.

“Bukan banyak. Jangan terus menilai saya ya,” jawabnya di ruangan mesej yang dihantar.

Tambah Wani lagi, dia tidak pernah merasa ayam cheese sebelum ini.

“Tak baik cakap macam ni pada kak Bella, dia datang lawat saya dan kak Bella bawa saya makanan yang saya tak pernah makan dan saya pun makan sikit saja.

“Salahkan saya orang kampung yang tak pernah merasa makan makanan macam ni?” tulisnya lagi.

Tindakan Wani memuat naik foto ayam cheese dan lauk set kenduri telah menimbulkan rasa kurang senang hati dalam kalangan pengikutnya.

“Doktor selalunya tak bagi makan walaupun rasa makanan yang tak sihat macam ni. Lagipun adik Wani kan tak sihat. Macam-macam peny4kit ada.

“Tolong Wani jaga pemakanan ayam tu tak sesuai untuk kesihatan Wani. Akak tau Wani kuat lawan peny4kit.

“Adik Wani kalau boleh jangan makan makanan yang berminyak. Makan yang rebus, sayur dan buah,” antara nasihat yang dihantar.

Sebelum ini, Wani dikejarkan ke h0sp1tal Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.

Selepas pemeriksaan lanjut, Wani mendapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak.

KOMEN NETIIZEN:

“Nanti jangan raih siimpati derma masyarakat..”

“Dah s4kit salahhkan orang..”

“Kesian Aliff habis ratus ribu…”

Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Instagram: wanicomel20

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via DiariDunia