“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang” – Hael Husaini

JIKA sebelum ini penyanyi dan komposer Hael Hussaini tinggal menyewa, kini Hael sudah memiliki kediaman impian apabila sudah membeli sebuah rumah tiga tingkat.

Menurut perkongsian yang dibuat, rumah yang baru dibeli itu terletak di Damansara Perdana, Selangor.

Namun, peminat juga tertarik kepada kapsyen yang ditulis Hael apabila dia kelihatan seperti merendah diri.

“Alhamdulillah, berjaya tambah hutang.” Tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Posting tersebut berjaya meraih hampir 100 ribu tanda suka dan ribuan komen daripada peminat yang rata-rata daripadanya mengucapkan tahniah.

Memetik laporan akhbar tempatan, kata Hael, 33, atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi, sebelum ini dia tidak memandang serius keinginan memiliki sebuah rumah untuk dijadikan aset peribadi sebaliknya lebih selesa tinggal menyewa.

Malah, urusan pembelian rumah idamannya itu juga tidak berdepan sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Tahniah Hael!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HH (@haelhusaini)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar