Jururawat pula tampil dakwa jadi mangsa pendakwah selebriti

SHAH ALAM – Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis di sini semalam berhubung dakwaan k3s s3ksu4l membabitkan seorang pendakwah selebriti.

Wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jururawat swasta di Kuala Lumpur mend4kwa menjadi mangsa pada Disember tahun lalu selepas mula berkenalan dengan suspek pada Mac 2018.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, susulan laporan yang dibuat wanita itu, setakat ini pihaknya telah menerima sembilan laporan polis.

“Kita masih lagi menjalankan si4satan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan.

“Polis akan menjalankan si4satan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam hari ini.

Ketika ditanya modus operandi suspek, Noor Azam berkata, mangsa dan suspek berkenalan di media sosial sebelum berpura-pura mengajak mangsa keluar makan hingga dibawa pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, si4asatan lanjut masih dijalankan dan suspek kini masih dalam perintah rem4n sehingga Jumaat.

Semalam, suspek yang juga bekas peserta realiti keagamaan itu direm4n lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu si4satan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya atas dakwaan mer0gol, menc4bul dan melakukan s3ks luar tabii.

Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan si4satan k3s mengikut Seksyen 376 Kanun Kes3ksaan (mer0gol), Seksyen 377C Kanun Kes3ksaan (s3ks luar tabii) dan Seksyen 354 K4nun Kes3ksaan (menc4bul).

Polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan rem4n ke atas sus-pek bagi membolehkan si4satan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap sus-pek pada 29 dan 30 November lalu.

Laporan polis pertama dibuat di IPD Petaling Jaya pada 29 November lalu oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga pelajar kolej swasta atas dakwaan dic4bul dan dipaksa melakukan s3ks oral oleh suspek di sebuah rumah di Damansara Perdana di sini.

Laporan polis kedua dibuat pada 30 November lalu di Balai Polis Damansara oleh seorang guru wanita berusia 22 tahun atas dakwaan dir0gol oleh sus pek juga di sebuah rumah di Damansara Perdana.

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar