Penduduk kampung red4h sungai sambil usung jen4zah

JAKARTA – Satu lagi jen4zah seorang warga emas terpaksa dihanyutkan oleh sekumpulan individu untuk menyeberangi air deras Sungai Kali Lamong di Jawa Timur ke satu tapak perkebvmian.

Menurut laporan Tribun News, jen4zah itu ialah wanita bernama Kasti, 66, yang disahkan men1ngg4l dunia pada Rabu lalu dan mengambil masa selama satu hari untuk tiba ke tapak perkubvran.

Ini merupakan kejadian kali kedua berlaku di Dusun Gorekanlor, Desa Cermenlerek, Kecamatan Kedamean, Gresik di Indo­nesia.

Tahun lalu, satu jen4zah terpaksa diusung sekumpulan penduduk dan mereka menyeberang air sungai yang deras disebabkan kawasan itu tidak mempunyai kemudahan jambatan.

Penduduk terpaksa meredah air sungai kerana itu satu-satunya laluan ke tapak perkubvran.

Klip video yang tular menunjukkan insiden itu turut menarik perhatian Kerajaan Kabupaten Gresik.

Ketua Perkhidmatan Kerja Raya dan Perancangan Gresik, Gunawan Setijadi berkata, pada ketika ini kerajaan Kabupaten Gresik akan merangka satu persetujuan antara penduduk di Gorekanlor dan Gorekankidul.

“Jika seseorang penduduk Gorekanlor men1ngg4l dunia, jasadnya boleh dikebumikan di Gorekankidul sekiranya air ­Sungai Kali Lamong melimpah,” katanya.

Sejak kes pertama pada tahun lalu, Kerajaan Kabupaten Gresik menawarkan satu penyelesaian dengan membeli sebidang tanah seluas 3,000 meter persegi untuk dijadikan tanah perkubvran tetapi proses itu tergendala disebabkan pandemik Cov1d-19.

“Membina satu jambatan tidak sesuai daripada aspek kos dan lokasi. Jambatan itu akan jadi laluan untuk pengebvmian. Jadi, ia amat tidak efektif berbanding dengan kos pembinaan,” kata Gunawan.

Walaupun perlu berdepan kepayahan untuk ke tanah perkubvran, penduduk kampung Gorekanlor tetap bertegas untuk mengebumikan jenazah keluarga di lokasi sama.

Ketua Kampung Cermenlerek, M. Suhadi juga tidak menjamin kejadian keranda hanyut kali ini akan menjadi yang terakhir.

“Kami tidak boleh halang jika keluarga mahu mengebumikan jen4zah di kawasan sama. Mereka tidak bersedia mengebvmikan jen4zah di tempat lain walaupun kampung sebelah sudah bersetuju,” katanya. – Agensi

Sumber : Kosmo