Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali ter4khir

SEBERANG JAYA – Suasana p1lu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini apabila isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, iaitu Nur Amalina Nur Ain diberi peluang mengucup anaknya buat kali ter4khir.

Jen4zah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari yang terk0rban dalam kem4lang4n tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara- Selatan di Sungai Bakap awal pagi ini, dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke tempat rawatan ibunya di HSJ.

Sejurus jen4zah tiba, Nur Amalina, 25, yang ced3ra dan dir4wat di Wad 8 hospital itu dibawa turun dari wadnya dengan ditolak menggunakan katil ke bahagian Unit For3nsik.

Nur Amalina kemudiannya diberi masa kira-kira 20 minit dan kelihatan wanita itu membelai dan mengucup bayinya beberapa kali.

Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terk0rban dalam kem4lang4n tersebut.

Kem4lang4n itu turut meng0rb4nkan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti berusia 30-an.

Selain Muhammad Syafiq, 25, dan isterinya, anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami ced3ra ringan dan kini diraw4t di wad kanak-kanak HSJ.

Muhammad Syafiq yang turut hadir ke HSJ dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan berterusan men4ngis sambil ditenangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Jen4zah kemudiannya dibawa ke Pendang, Kedah untuk urusan pengebvmian.

Terdahulu di NIBONG TEBAL, Muhammad Syafiq yang berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB), dilihat men4ngis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara malah dia enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sed1h.

Muhammad Syafiq berada di situ menunggu urusan bed4h si4sat anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef serta ibu mentuanya, Zainab.

Suasana h1ba dan sed1h itu turut dikongsi adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang setia menemani abangnya itu dan beliau turut memaklumkan abangnya masih terkejvt serta sukar menerima kejadian yang berlaku.

“Dia akan men4ngis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja…Aisy, Aisy,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Unit Forens1k HSB, di sini hari ini.

Sementara itu, Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan takz1ah kepada Muhammad Syafiq ketika hadir menziarahi pemain bola sepak kebangsaan tersebut di HSB.

“Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal malah kami akan sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kami semua mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Cheng Hoe.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiada sebarang latihan yang dijadualkan buat Muhammad Syafiq ekoran pembatalan Piala Malaysia disebabkan pendemik Cov1d-19 sekarang ini. – Bernama
 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar