Ramai yg Tak Perasan Semasa CT Umum Kandungannya Semalam, Telah Terjadi 4 Hal yg Tak Disangka

HAMIL empat bulan, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini.

Siti, 41, bagaimanapun bersyukur kerana sepanjang tempoh kehamilan anak kedua ini dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk.

“Cabaran hamil kali kedua ini, saya rasa cepat penat mungkin kerana faktor usia juga!

Sekarang ini saya lebih emosi, tengok cerita di televisyen sikit pun saya menangis… baca (cerita) dekat Instagram pun saya menangis.

“Proses kehamilan setiap anak pasti berbeza! Alhamdulillah syukur buat masa ini tiada masalah.

Tidak seperti awal-awal hamilkan Siti Aafiyah dulu, ada pendarahan dan sebagainya tapi kali ini semua dipermudahkan.

“Doakan saya diberikan kekuatan dan k3sihatan sehinggalah akhir bersalin yang dijangka April tahun depan,” katanya.

Pada Selasa, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan berita gembira itu semasa sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab pada Selasa.

Siti ditemani suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tampil menjawab segala spekulasi peminat mengenai kehamilan cahaya mata kedua mereka itu.

Sementara itu, Siti mengakui timbul kebimbangan hamil ketika negara sedang berdepan pandemik Cvid-19.

Justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Aafiyah teruja mengetahui ibunya kini sedang hamil.

“Saya sedikit gementar apabila hamil dalam situasi cov1d-19, lebih-lebih lagi wanita hamil berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Sebenarnya saya nak jalani raw4tan IVF lebih awal tapi disebabkan oleh cov1d-19 saya lewatkan sikit.

Saya ambil keputusan untuk kembali melalui raw4tan IVF selepas keadaan sedikit reda sebelum ini.

Namun keadaan sekarang membuatkan saya sangat berjaga-jaga dan tidak keluar rumah kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Ditanya mengenai perasaan Aafiyah, Siti berkata, anak sulungnya itu antara yang teruja.

Dan seakan-akan sudah memahami dia bakal menerima kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Siti akui proses kehamilan anak kedua lebih mudah.

“Saya tak pasti dia faham atau tidak tapi dia tahu ada baby di dalam perut.

Saya juga sering tunjuk foto imbasan kehamilan mengenai keadaan bayi dalam kandungan saya.

“Bila tanya mana baby, dia akan cium macam dalam video siaran langsung di Instagram tempoh hari,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Ramai yg Tak Perasan Semasa CT Umum Kandungannya Semalam, Telah Terjadi 4 Hal yg Tak Disangka

Sama seperti ketika menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid beberapa tahun dahulu.

Pengumuman Siti kali ini turut mencuri perhatian dan dalam masa yang sama mendapat beberapa perkhabaran istimewa.

Berikut Murai.my tampilkan sisipan 4 yang menarik di sebalik pengumuman kehamilan kedua penyanyi k3sayangan ramai ini.

1. Umum Ketika 4 Bulan Ikut Saranan Ustaz

Menurut Siti, dia mengambil nasihat seorang ustaz sama seperti menghami1lkan Aafiyah dahulu.

Ini yang mana ustaz tersebut menasihatinya untuk mencukupkan usia kandungan empat bulan sebelum berkongsi pada umum.

Ini kerana pada usia ini dipercayai r0h sudah ditiupkan di dalamnya.

2. Lancar Video Muzik Kuasa Cintamu

Selepas mengumumkan berita kehamilannya di sebelah petang.

Siti turut melancarkan video muzik terbaharunya, Kuasa Cintamu yang kini boleh ditonton secara rasmi di platform YouTube.

Menariknya mengenai video muzik ini, ia bukan sahaja memaparkan kisah perjalanan Siti sejak kecil.

Malah turut menampilkan Aafiyah buat pertama kalinya di dalam mana-mana video muzik penyanyi ini.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih dari 70 ribu tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik.

3. Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 2020

Pada hari yang sama, Spotify telah berkongsi Spotify Wrapped 2020 yang mana menyaksikan Siti menjadi artis dengan jumlah penstriman tertinggi sepanjang 2020.

Sekaligus berjaya mengalahkan K-Clique, Faizal Tahir, YonnyBoii dan Naim Daniel.

Untuk rekod, pada tahun 2018 Siti turut mengungguli pencapaian yang sama dan ketika itu sedang menghamilkan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.

4. Lancar Produk Baru

Untuk yang tidak tahu, Siti telah mengumumkan berita keham1ilannya ketika pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Dalam pelancaran itu, Siti turut ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Dalam majlis itu, Siti telah melancarkan produk Beautessence dan Beaunest selain turut melantik Nabila Razali sebagai duta kempen.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lamanmaya