Hadir perkahwinan bekas suami selepas sebulan bercer4i

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut.

Wanita berkenaan, Alifa Balqis memuat naik rakaman video memaparkan dia menghadiri ­majlis perkahwinan bekas suaminya dalam aplikasi TikTok baru-baru ini. Alifa berbuat demikian selepas sebulan bercer4i dengan lelaki itu.

“Saya hadir ke majlis perkahwinan bekas suami saya dan isteri baharunya.

“Sabarlah hati, semoga saya ada pengganti lebih baik,” tulisnya pada kemas kini status di TikTok.

Menurut portal TribunStyle.com, Alifa tidak menyangka klip videonya mendapat perhatian netizen dan menjadi tular

Alifa berkata, dia sengaja mencabar dirinya untuk hadir ke maj­lis itu kerana mahu membuktikan kepada bekas suami bahawa dia kuat dan tenang menghadapi percer4ian mereka.

Dalam video sama, Alifa turut dilihat naik ke pelamin dan bersalaman dengan isteri baharu bekas suaminya seperti tiada apa-apa berlaku. – Agensi

@balqismoeet

ke nikahan mantan suami, pdhl baru sbulan akta cerai keluar##😁😁😁sabar hyungg .. smoga ada gnti yg lebih baik 😘 ##goodmoodtiaphari ##BaikUntukHarimu

♬ original sound – Tiktok Ambyar – Nuansa_alam

 

Sumber : Kosmo