“Artis Pun Manusia, Reti M4ki Juga” – Reen Rahim Rim4s Selalu Dapat Komen Berb4ur Luc4h

Pelakon Reen Rahim tampil membalas komen-komen berbaur luc4h yang ditulis pengguna Instagram menerusi foto yang dimuatnaik baru-baru ini.

Jelas Reen, tindakannya membalas dan tidak menyekat akaun sedemikian bagi memberikan pengajaran kepada individu tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial.

“Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak. Tapi maaflah kasar bro.

“Artis pun manusia, reti m4ki juga, cuma kena ikut mood,” tulis Reen menerusi Instagram Stories.

Reen turut memuat naik tangkap layar komen-komen bi4dab pengguna media sosial yang menulis komen berbaur luc4h pada gambar-gambarnya.

Reen dalam pada itu berterima kasih kepada peminatnya yang sering menenangkan dan menasihatinya untuk bersabar dan tidak melayan pengguna sedemikian.

“Adik-adik DM akak minta akak sabar jangan layan, terima kasih banyak-banyak.

“Tapi memang mood hari ini seronok nak layan kebeb4lan beliau-beliau, tak jejaskan mood akak pun sayang. Akak happy-happy je ni,” tambah Reen.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak