Bacaan Dem4m Kuning Tinggi Cecah 210, Anak Kembar Sheikh Muszaphar Jalani Raw4tan Fototer4pi

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa kedua-dua anak kembarnya yang baru berusia lima hari mengalami jaundis atau dem4m kuning hari ini.

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, anak kembarnya itu kini perlu menjalani rawatan fototerapi berikutan bacaan paras bilurubin anaknya agak tinggi.

“Kedua-dua anak kembar saya mengalami dem4m kuning hari ini. Paras bacaannya tinggi iaitu 210. 

“Mereka kini menjalani rawatn fototerapi. Harapnya ini hanyalah jaundis fisiologi sahaja,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instgaram awal pagi tadi.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sebuah video yang memaparkan sepasang anak kembarnya itu menjalani rawatan fototerapi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Pada masa sama, Dr. Sheikh Muszaphar berkata, anaknya juga perlu menjalani pemeriksaan darah setiap hari bagi mengenal pasti tahap kesihatannya.

“Penting untuk mereka kekal hidrasi, teruskan penyusuan badan dan dedahkan pada sinaran matahari pagi atau fototerapi.

“Ujian darah harian perlu untuk memantau sama ada trend bacaan meningkat atau menurun. Maksudnya hari-hari kena cucuk, kasihan pula, dan setiap kali itu jugalah saya yang merasai kes4kitannya. 

“Bertahan anakku, Daddy akan sentiasa berada di sini. InsyaAllah semuanya akan beransur baik,” katanya.

Sebelum ini, isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos melahirkan anak kembar kedua mereka pada 20 November lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak