Aktres Filem ‘Jai Ho’ Sana Khan Bernikah Dengan Ulama, Mufti Anas | Murai MY

Aktres Bollywood yang pernah muncul dalam filem Jai Ho, Sana Khan mengejvtkan semua orang dengan berita pernikahannya dengan seorang ulama, Mufti Anas yang berasal dari Surat, Gujarat.

Tidak lama selepas itu, gambar dan video perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial. Sana Khan berkongsi gambar pertama dengan suaminya di media sosial akhirnya menjadi bualan hangat di kalangan netizen. Dia kelihatan berpakaian pengantin berwarna merah dan gambar itu menjadi viral.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sayied Sana Khan (@sanakhaan21)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)

Sementara itu, nama Sana telah berubah selepas rasmi berkahwin dengan Mufti Anas. Sekiranya peminat mengunjungi akaun Instagramnya sekarang, mereka akan melihat nama ‘Saiyed Sana Khan’ muncul di biografinya. Ada sumber mengatakan pasangan itu dikatakan telah bernikah pada 20 November 2020.

Ini bukan kali pertama Sana Khan menjadi berita utama di media. Pada bulan lalu, dia telah mengumumkan untuk keluar dari industri hiburan.

Dia berkongsi sebuah penulisan panjang di Instagram dan mengungkapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dan mahu menjalani kehidupan yang baru. Dan sekarang, dia sudah siap untuk memulakan kehidupan baru bergelar isteri dan berbahagia dengan suaminya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai.my