Redah hujan dari Ipoh ke HKL, pasangan suami isteri ini tak sangka dengan rezeki ALLAH…

DUGAAN setiap orang berbeza-beza. Ada yang kesempitan hidup kerana kehilangan kerja disebabkan pandemik c0v1d-19 dan ada yang buntu untuk mencari dana kewangan rawatan anak yang s4kit.

Kisah yang dikongsikan seorang ibu, Nur Natasya Rasid yang sanggup mered4h sekatan jalan raya dan perjalanan jauh dari Ipoh, Perak demi membawa anak kecilnya mendapatkan rawatan susulan di h0sp1tal Kuala Lumpur (HKL) memang meruntun perasaan.

Anak bongsunya, Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi yang berusia tiga tahun itu berdepan pelbagai peny4kit termasuk sindrom chorosome 13q deletion, k4ns3r mata, j4ngk1tan kum4n kron1k ada telinga dan masalah saluran pernafasan.

mardhiah

Menurut wanita berusia 24 tahun itu ketika dihubungi SinarPlus, dirinya dan suami nekad untuk menunggang motosikal untuk perjalanan yang dianggarkan 200 kilometer itu demi kelangsungan rawatan anak tersayang.

“Kami tiada pilihan kenderaan lain selain motosikal. Nak sewa kereta pun tak tahu berapa lama di HKL sebab kena jalani swap test c0v1d-19, takut mahal jadinya. Duit yang ada pun cukup-cukup untuk kos perjalanan dan sepanjang rawatan.

“Masa itu, kami dah cadang nak tidur kat surau saja sepanjang tempoh di HKL tapi ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI isi hati kami. Didatangkan orang-orang mulia bantu kami yang kesusahan,” katanya seb4k.

mardhiah

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, beliau bersyukur kepada ALLAH kerana dipermudahkan urusan pembed4han kecil membu4ng chemoport yang dipasang pada dada dan sunt1kan steroid pada mata.

“Kami bersyukur sangat-sangat urusan rawatan kali ini dipermudahkan dan dibantu orang-orang mulia. Mereka tidak kenal pun siapa kami tapi bantu dengan rela hati termasuk hantarkan kami ke HKL dengan motosikal diangkut letak belakang Hilux, tanggung bayar bilik hotel selama di h0sp1tal.

“Mulanya kami takut juga sebab kena tahan tepi jalan tapi rupa-rupanya niat mereka baik. Mungkin nampak kami banyak berhenti di RNR banyak kali, sebab itu mereka tolong membantu,”  ceritanya.

Untuk rawatan seterusnya, kata Nur Natasya, temu janji doktor insya-ALLAH diteruskan pada Januari tahun depan untuk pemeriksaan mata, telinga dan audiologi.

mardhiah

“Sekarang ini, Mardhiah alhamdulillah aktif dan ceria. Saya ingin mengucapkan kepada insan mulia yang sudi bantu kami permudahkan urusan anak di HKL tempoh hari dan alhamdullah ada yang sudi membantu.

“Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa semua,” ujarnya yang memohon doa orang ramai supaya Nur Mardhiah sentiasa sihat, aktif dan ceria.

Besar dugaan ibu muda ini, moga Nur Mardhiah Shahadah diberikan kesihatan yang baik dan menjalani rawatan akan datang dengan lancar. Insya-ALLAH.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinarplus