Misi Larikan Diri Naik Kapal Gagal! Pembantu Rumah Betty Rahmad Akhirnya Muncul Semula 

Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri pada bulan lepas.

Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan ‘belakang’ tidak berjaya.

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.

“Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik fkapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan. 

“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati.

Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sed1h apabila pembantunya itu didakwa melarikan diri selepas melarangnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pandemik Covi1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : https://gempak.com/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: