“Rupa-rupanya dari sebelum Mizz Nina berhijrah lagi, Noh Hujan ni memang sejenis yang…”- Ini Pended4han Yang Diberikan Oleh Mizz Nina Tentang Perangai Sebenar Noh Hujan

Tadi dengar sharing dari Mizz Nina.

Rupa – rupanya..

Dari sebelum dia hijrah lagi, Noh Hujan ni memang sejenis yang religi.

Maksudnya jaga solat 5 waktu dan amalkan perkara basic as a Muslim walaupun sejenis yang all out bila kita tengok dia beraksi atas pentas.

Lepastu kan, masa bercinta tu, kalau keluar, Noh akan berhenti untuk solat. Nina macam terkejut bila Noh tanya,

“Awak tak solat ke? Jomla solat”

“Saya tak bawa telekung.”

“Eh takpe, pakaila telekung surau” 😄😄

Even Nina masa tu s3ksi gil4, kaki clvbbing, Noh rileks je ajak awek dia solat. Dia boleh expect Nina solat 5 waktu macam dia. (kalau kita, mesti kitatak rasa orang yang s3ksi dan clvbbing macam tu solat, kan? 😔)

Lepas kahwin pula, Noh ada tanya pasal tudung. Noh kata, dia tanya sebab tanggungjawab dia sebagai suami, awak nak pakai atau tak, terpulang.

Nina macam tersent4k juga tapi dia just jawab belum ready.

Sampailah abang dia meningg4l. Masa tu, Miss Nina rasa ditamp4r oleh takdir. Dia baru tersedar yang kem4tian itu adalah benda yang sangat real.

Bagus, kan Noh. Untung Nina dapat Noh. Dan. Noh pula tak judge. Anis percaya mesti Noh selalu doakan Nina. Sekarang, Miss Nina dah jadi addict3d dengan kelas² agama dan AlQuran. ❤️

Semoga kita semua dapat kutip ibrah dari kisah mereka.

*Masa tulis ni macam sayup² je dengar lagu Angin Kencang kat telinga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reflect on what was so that we can be grateful for where we are today. We didn’t come this far to just turn back & run away. Don’t forget that Allah appreciates every little step we take towards Him even if other people can’t understand or appreciate the journey & that He has blessed us in so many ways and He will continue to do so until the end of our days. Stay positive, stay focused on your ultimate goal and keep relying on Him❤️ #Ireland #2017 •

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina) on

Sumber : Nur Anis Aa’fiyah Zakir

‘Sukses bagi saya adalah akhirat’

KUALA LUMPUR: Belajar tidak lagi sens1tif setiap kali ditanya soal zuriat, Mizz Nina menganggap kejayaan dalam hidup bukanlah semata-mata bersandarkan kepada faktor diri sudah berkahwin atau memiliki anak.

Tidak pernah menganggap ketiadaan cahaya mata selepas tujuh tahun berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebagai suatu kekurangan, Mizz Nina, 38, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah.

“Bagi saya, kalau nak bercakap mengenai sukses dalam hidup, tidak hanya dikaitkan dengan mempunyai anak mahupun ada suami atau isteri.

“Sukses dalam hidup bagi saya adalah akhirat. Apa yang dikira untuk ke syurga adalah perbuatan baik kita. Tiada gerenti apabila saya mempunyai suami atau anak, saya akan ke syurga,” katanya kepada BH Online.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman berkata, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah.

“Kalau ada rezeki, Allah nak bagi saya anak, Alhamdulillah. Kalau Allah tak bagi pun, saya tetap bersyukur… Ini bermakna, saya ada tugas berbeza.

“Mungkin Allah tak bagi saya anak sekarang supaya saya boleh fokus pada aktiviti kemanusiaan dan pengajian saya dalam bidang al-Quran.

“Pucuk pangkalnya, kita harus berfikiran positif dan bersyukur dengan semua yang Allah kurniakan,” katanya.

Namun, Mizz Nina berkata, dia tidak pernah berputus harap dan berusaha menimang cahaya mata.

Tidak menafikan sebelum ini dirinya agak sens1tif tatkala diaju soal anak, Mizz Nina berkata, dia belajar untuk menerima semua itu secara positif.

“Baru-baru ini saya berkongsi di saluran YouTube mengenai pengalaman menjalani proses In Vitro Fertilization (IVF)… Namun, belum dikurniakan rezeki lagi.

“Sudah tentu kami tidak berputus asa dan berdoa. Semuanya dari Allah… Apa yang saya minta hanya berdoa untuk saya,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Media Malaysia