Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

Industri pelancongan antara industri yang terkesan akibat penul4ran w4b4k c0v1d-19. Banyak pihak terjejas dan kehilangan punca pendapatan dilaporkan hari demi hari.

Malah, baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan berita pemberhentian pekerja syarikat penerbangan Malindo. Tidak dapat dinafikan bahawa syarikat penerbangan kini berdepan dengan kerugian kerana tidak dapat terbang seperti biasa.

Oleh itu, perkongsian seorang pengguna Facebook Mohamad Zawawi Ahmad mendapat perhatian netizen. Menerusi perkongsiannya itu, anaknya seorang juruterbang kini tampil dengan gerai Kapten Corner.

Gerai tersebut terletak di USJ11 dan anaknya, Kapten Azrin membuka gerai serta memakai dengan lengkap pakaian seragamnya kerana tidak tahu bila lagi boleh menyarung seragam tersebut.

Lantaran perkongsian tersebut, para netizen memberikan kata-kata semangat kepada Kapten Azrin dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Malah, rata-rata netizen bangga dengan apa yang beliau lakukan.

 

 

Bagi anda yang berada berdekatan, bolehlah singgah sebagai tanda sokongan! Diharap anda diluar sana yang kehilangan kerja tidak berputus asa dan bersemangat untuk mencari peluang lain.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :