Pengantin Mengaku Janda, Sekali Masa Kahwin Suami Datang Bantah Perkahwinan Itu

Gara-gara mengaku janda padahal masih mempunyai suami, pengantin baru ini dihalau oleh mertuanya sendiri dari pelaminan sehingga menelefon p0lis untuk datang ke tempat kejadian.

Suasana majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi tegang dalam kejadian yang berlaku di sebuah gereja di Daerah Deli Serdang, Selasa 15 Oktober 2020.

Hasrat tetamu datang menyaksikan perkahwinan di antara Rina Boru Nasution, 26, dan TOni Sihombing, 32, tidak kesampaian apabila majlis itu terpaksa dibatalkan.

Bukan kerana tidak saling mencintai, tetapi disebabkan ada pihak ketiga yang hadir membantah perkahwinan itu. Bagaikan adegan dalam sinetron, suami kepada pengantin perempuan ke gereja bagi menghalang majlis itu diteruskan dan menegaskan dia adalah suami yang sah kepada wanita itu.

 

Keadaan serta-merta menjadi riuh, keluarga pengantin lelaki terkejut. Video dan gambar kejadian itu viral meluas di media sosial. Dalam gambar tersebut menunjukkan pengantin perempuan diiringi anggota p0lis, sambil ditunjuk-tunjuk oleh para tetamu yang sedang membawang secara dekat.

Difahamkan, Rina sebelum ini mengaku janda ekoran kem4tian suaminya. Tetapi pengakuan Rina itu ternyata boh0ng apabila suaminya datang pada hari kejadian.

Pihak gereja kemudian bertindak membatalkan perkahwinan tersebut. Cincin emas yang telah disarungkan pada jari pengantin perempuan juga diambil secara paksa oleh keluarga pengantin lelaki.

“Dia pen1ipu! Dia pen1ipu! Kata janda, tetapi rupanya masih ada suami, tiga anak,” jerit seorang lelaki yang kedengaran dalam video tersebut.

Ketua p0lis Daerah Delitua, Efianto berkata, pihak keluarga pengantin lelaki meminta p0lis membawa wanita itu ke balai p0lis untuk tindakan lanjut. Pihaknya turut menerima laporan p0lis dari suami wanita terbabit.

Ketika hendak dibawa ke balai, Rina meronta-ronta dan menangis kerana kesal dengan tindakan suami dan bakal mertuanya itu.

p0lis menasihatkan Rina dan suaminya menyelesaikan hal itu dengan baik tanpa melibatkan kekerasan. Pasangan itu bersetuju dengan tiada tindakan dikenakan terhadap Rina.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: Agensi