“Sy yg Bersalah Sbb Bitter” – ez-GF PU Riz Dedah Org Ke-3 Punca Utama Hubungan 5 Thn Retak

Umum mengetahui, Neelofa dan PU Rizz selamat ditunangkan pada majlis yang sederhana.

Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur.

Ini di atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.

Dalam laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau

Kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.

Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba

Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya

Dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.

Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,”

Kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.

Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang ..

Mama love you very much,” tambahnya lagi.

“Sy yg Bersalah Sbb Bitter” – ez-GF PU Riz Dedah Org Ke-3 Punca Utama Hubungan 5 Thn Retak

Amal Syahmina tampil menerangkan hal sebenar selepas netizen mengecamnya kerana dikatakan cuba mempertikaikan

tindakan seorang selebriti popular yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas kekasihnya dalam laman sosial tempoh hari.

Empunya badan yang sememangnya dikenali dengan sifatnya yang suka merendah diri,

Amal mengaku bahawa apa yang dilakukannya dulu merupakan satu kesilapan.

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang.

Ini apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih.

Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya.”

Mengikut tulisan dari beautifulnara, dia mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa dia dikatakan cuba bertindak ‘bitter’ sedemikian rupa.

Hal Ini kerana, tiada seorang pun yang pernah tahu dan merasai akan kesakitan yang pernah dilaluinya selama ini.

“Sebahagian daripada anda cuba mengeluarkan kata-kata yang kurang senang didengar dengan memberitahu yang saya bukan yang terbaik.

Anda bukanlah insan yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun.

Anda bukanlah insan yang begitu rapat dengan keluarga saya,

dan paling penting, bukan ada yang pernah berjanji dengan keluarga saya dan diri saya yang anda akan mengahwini saya.”

Ulasnya lagi, hubungannya dengan bekas kekasih mula retak.

Dan tidak lagi mesra seperti dulu selepas adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka.

Dia sebolehnya mahu terus memulakan kehidupan baru atau orang putih cakap.

Move on daripada terus dibayangi kisah silam dukanya bersama si dia.

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini.

Sekarang masa saya untuk lupakan. Saya berhak sesuatu yang lebih baik begitu juga dirinya.

Mungkin kami bukan dijodohkan untuk bersama. Reda.”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara / macam² ada