Kini seleps DJ Nathalie Holscher,DJ Katty Butterfly pula mended4hkan sudah memelvk 1slam pada ulangtahun ke-32

SELEPAS DJ Nathelie Holscher kini rakannya DJ Katty Butterfly mended4hkan sudah memeluk agama Islam pada ulang tahun ke-32 pada Khamis lalu.

Katty yang berasal daripada Thailand memuat naik sebuah foto dirinya bersama pendakwah terkenal Gus Miftah yang bertanggungjawab mengislamkan wanita itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

alhamdulillah🙏 29/10/2020

A post shared by Djbutterfly36🇮🇩🇹🇭 (@dj_kattybutterfly36) on

“Assalamualaikum… Alhamdulillah hari ulang tahun saya, saya mahu membuka lembaran baru dengan memeluk Islam. Saya sangat bahagia sekali, doakan saya istiqamah,” tulisnya.

Katty turut memuat naik sebuah video di saluran YouTube yang memaparkan detik dia mengucapkan dua kalimah syahadah.

Dia turut menceritakan bahawa dia tertarik dengan Islam sejak enam tahun lalu.

“Sudah lama sangat iaitu ketika enam tahun lalu. Saya ingin belajar tapi tidak sempat.

“Lama kelamaan selepas dapat maklumat sedikit demi sedikit tentang Islam saya dapat rasa ketenangan,” ujarnya.

Sementara itu, Gus Miftah memberitahu bahawa Katty pernah mengaku tenang ketika mendengar azan subuh setiap kali pulang daripada kerjanya sebagai DJ.

“Dia pernah beritahu hatinya tenang setiap kali dengar azan subuh selepas pulang dari kerja,” ujarnya.

DJ Katty Butterfly Jadi Mualaf, Tampil Memakai Hijab dan Didampingi Kekasihnya Aiman Ricky

DJ Katty Butterfly menyampaikan berita mengejutkan melalui akaun instagram miliknya. 

Kini, ditemani Aiman RIcky, DJ Katty Butterfly telah mengumumkan bahawa dia telah memluk agama Islam dengan bimbingan Gus Miftah.

Sebelum ini, Gus Miftah juga telah membimbing Deddy Corbuzier memeluk agama Islam.

DJ Katty juga memohon doa agar dirinya mampu untuk istiqomah. Sama-sama kita doakan semoga beliau bisa istiqomah.

Melalui kisah sebelum ini, dikhabarkan bahawa DJ popular Indonesia Nathalie Holscher turut memeluk Islam sebelum DJ Katty.

DJ Popular Indonesia, Nathalie Holscher Peluk Islam Lepas Dapat Hidayah Melalui Mimpi

Selebriti media sosial Indonesia yang juga merupakan seorang Disc Jockey (DJ) terkemuka di sana, Nathalie Holscher telah memeluk Islam pada Selasa lalu selepas mendapat mimpi ‘pelik’ sewaktu tidurnya.

Menerusi video yang bertajuk ‘Bismillah’ di laman YouTubenya, Natalie menceritakan kisah penghijrahannya itu dan mengakui sudah lama teringin menjadi seorang mualaf dan sudah pun mempelajari serba sedikit mengenainya sebelum ini.

“Sebenarnya, sudah lama saya ingin bergelar seorang muslim. Pernah saya cuba menyarungkan telekung sebelum ini dan mereka semua berkata ‘Subhanallah’. Saya tidak mengerti lalu mereka menjelaskan maksudnya,” jelasnya.

Ujarnya, dia mendapat hidayah itu ketika sedang tidur. Pada waktu itu, dia seakan terdengar ada yang membisikan kalimah syahadah di telinganya dan perkara itu membuatkannya semakin yakin untuk memeluk Islam.

Merasa bingung seketika, dia segera bertanya mengenainya kepada orang muslim di sekitarnya mengenai kejadian yang dialami lalu menemui jawapannya.

Tambahnya lagi, keputusannya ini sudah pun diketahui oleh keluarga bahkan ibu bapanya juga memberikan restu padanya untuk memeluk Islam biarpun mereka beragama Kristian.

“Keluarga saya ada juga yang muslim iaitu kakak kandung. Orang tua dan keluarga saya juga tahu mengenai hal ini jadi tiada masalah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar, hijabista