‘Prank’ Jah4n4mkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai idea dan konten YouTube telah dihasilkan oleh anak muda tempatan. Bermula daripada video masakan sehinggalah kepada video prank yang diinspirasikan daripada YouTuber negara luar.

Pada kali ini, YouTuber Isa Isarb sekali lagi mencipta kontr0versi serta mengundang kec4man netizen apabila menghasilkan sebuah video mengh4ncurkan kereta pekerja merangkap rakannya sendiri semata-mata demi konten.

Sumber: YouTube Isa Isarb

Berdasarkan video yang dimuat naik, YouTuber ini memaklumkan rakannya menggunakan kereta Proton Iswara yang kerap ros4k. Sebagai cara untuk ‘menghargai’ rakannya, YouTuber ini memilih untuk membuat suprise buat rakannya.

Berdasarkan perancangan, beliau turut menyebutkan mahu memb4k4r kereta rakannya namun rancangan beliau telah dihalang pihak berkuasa. Oleh yang demikian, beliau bersama pasukannya telah memec4hkan cermin dan mem4ncitkan tayar Proton Iswara.

Sumber: YouTube Isa Isarb

Di sebalik keros4kan yang dibuat, YouTuber telah menggantikan rakannya Faizal dengan sebuah kereta baharu iaitu Perodua Aruz. Lebih hebat, kereta baharu ini telah dibayar sepenuhnya secara cash sebelum diberikan kepada rakannya.

Meskipun YouTuber ini mempunyai niat yang baik serta mempunyai cara yang unik untuk meraih jumlah tontonan di YouTube, cara yang dipilih Isa Isarb nyata kurang digemari segelintir netizen apabila beliau sanggup memec4h dan meros4kkan Proton Iswara rakannya. Apatah lagi melihatkan kereta ini merupakan kereta daripada jenama tempatan. Berikut antara komen daripada netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan Isa Isarb serta melabelkan beliau sebagai MrBeast Malaysia.

Apa pula komen anda? Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut gabungan prank dan sedekah yang dijalankan oleh YouTuber ini.

Sebelum ini YouTuber ini pernah ditegur pihak berkuasa selepas cuba mengagihkan RM10,000 di hadapan Istana Negara. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/