Bek4s Penyanyi Dangdut, Haiza Hanafi Sudah Lali Dengan Gel0mbang Sep4k Ter4jang Dunia Seni Selama 25 Tahun.

KUALA LUMPUR: Selama 25 tahun tahun berada atas pentas seni, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Kool FM, Haiza Hanafi, 40, sudah lali dengan gelombang sep4k teraj4ng dunia seni.

Pernah mengecapi kemanisan menerusi pentas dunia nyanyian ketika genre dangdut menjadi kegilaan, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin tidak hanya bergantung dengan satu cabang kerjaya seni.

Ketika era dangdut mulai merudum, Haiza yang pernah meledak menerusi lagu Dag Dig Dug itu berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan, perniagaan dan seterusnya, konti radio.

Namun, sesuatu yang pasti, Haiza terus kekal relevan. Biarpun perjalanan kerjaya seninya tidak semuanya indah dan manis, anak kelahiran Benut, Pontian, Johor itu kembali menyerlah selepas menyertai program Gegar Vaganza musim kedua pada 2015.

Haiza berkata, fasa bergelut banyak mengajarnya erti kehidupan. Bagaikan roda berputar, ada masa di atas, ada ketika pula berada di bawah.

“Tuah tidak selalu menjelma, begitulah sebaliknya. Sebab itulah, saya sering mengajar diri untuk sedar ruang. Saya minta dijauhi sikap bangga diri atau berangan kerana ia tidak akan membawa sebarang makna.

“Setiap apa yang dilakukan pasti ada pengorbanan dan harga yang perlu dibayar. Seperti rezeki bergelar penyampai radio, ini juga menuntut dedikasi dan komitmen. Saya sudah terbiasa bangun jam 4 pagi untuk ke konti Kool FM. Saya sudah memulakan tugas pada jam 5 pagi.

“Diakui, ada ketika terlalu penat, ‘babak’ tidur sekejap dalam kereta dengan mematikan enjin antara kebiasaan yang dilakukan. Ada ketika, saya balik rumah sebelum waktu Zohor dan curi masa sekejap untuk melelapkan mata.

“Bagaimanapun, saya hanya dapat berehat pada waktu malam sekiranya ada urusan lain selepas tugasan di konti radio. Itupun, belum tentu dapat tidur,” katanya kepada BH Online.

Tahun ini, tugas berceloteh dengan pendengar kembali menyaksikan isteri kepada Norhanaphe Omar itu berentap dalam pencalonan top 20 menerusi kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 33).

Menerusi anugerah berprestij kebanggaan akhbar BH itu, Haiza pernah menembusi calon top 5 bagi kategori berkenaan, mengacara malam kemuncak ABPBH di sisi AG, Mira Filzah dan Zizan Razak serta membuka tirai pentas persembahan dengan penyanyi rock lagenda, Amy Search.

Cuma, rezeki belum menyebelahi Haiza untuk menggenggam trofi Penyampai Radio Popular.

“Menang atau kalah, adatlah dalam pertandingan. Ini sebahagian permainan pentas seni, kenalah telan. Jujurnya, tanyalah mana-mana selebriti semestinya mengidamkan momen dapat menggenggam trofi ABPBH. Ia pasti menjadi pencapaian diharapkan, dapat sekali pun jadilah.

“Jika berjaya membolosi pencalonan awal dikira satu penghormatan kerana ‘survivor’ masih diperhatikan. Nak menang kategori Penyampai Radio Popular bukan laluan mudah. Saban tahun memang nak tembus kategori ini perlu berdepan dengan dominasi penyampai radio yang kebal dengan kubu mereka.

“ABPBH sendiri berpaksikan populariti dan undian peminat. Dapat rasa tempias kemenangan pemenang lain pun satu nikmat,” katanya.

Hingga kini, Haiza berkata, dia bersyukur teguh disokong kelab peminatnya, Haiza Troopers.

“Kelab peminat saya tak kira ada pertandingan atau tak, mereka tetap bersemangat menyokong. Menang atau kalah belakang kira.

“Saya terbuka jika ahli kelab peminat turut meminati artis lain. Tak dinafikan, kelompok dan sokongan peminat menjadi pemangkin ‘survival’ seseorang artis.

“Ada ketika, satu kasihan melihat mereka yang bekerja keras dan gigih mengundi dan melobi, namun kemenangan tidak berpihak kepada saya. Itulah hakikat yang harus ditelan.

“Andai kata kali ini rezeki saya, ia akan menjadi hadiah bermakna. Saya bekerja keras meneruskan kelangsungan hidup, peminat pula umpama akar membantu saya teguh berdiri,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH