Isteri Pelakon, Hisyam Hamid Ini Buat IG Story Ketika Memandu Tetapi Tidak Sedar Ada Sesuatu Yang Menakjubkan Terjadi Waktu Itu

Terdapat pelbagai peristiwa pelik dan ajaib sering berlaku di sekeliling dunia pada hari ini, ia menandakan salah satu bukti kebesaran Allah SWT.

Pasti kita sedia maklum, antara yang paling diketahui umum adalah tujuh keajaiban dunia yang antaranya masih lagi terpelihara seperti Piramid di Mesir.

Namun, penampakan sesuatu objek yang seakan menyerupai kalimah ‘Allah’ juga selalu dialami oleh mereka yang bertuah.

Samalah seperti yang dilalui oleh pelakon tanah air, Hisyam Hamid bahawa isterinya didakwa ‘terakam’ awan di langit yang berbentuk kalimah suci tersebut.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu ditonton lebih 221,000 ribu tontonan oleh pengikutnya di Twitter.

Ini adalah gambar kalimah tersebut secara lebih jelas:

Gambar: Twitter

Dalam pada itu, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman indah ‘bertemu’ kalimah Allah di langit dalam keadaan tidak dijangka.

Sungguh bertuah isteri beliau kerana berpeluang melihat keajaiban ini di depan matanya sendiri.

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita semua bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Hisyam Hamid via Siakap Keli