Selepas Didakw4 Kereta Dis1ta SPRM, Netizen Membongk4r Harga Jam Tangan Yang Dipakai Shuib Mencecah RM4 Juta

Sejak berita Shuib memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan r4su4h Malaysia (SPRM) terkait isu penggubahan wang h4r4m atau Macau Scam, pelawak ini terus menjadi perhatian.

Antaranya adalah spekulasi yang mendakwa kereta mewah milik Shuib telah disita (SPRM). Meski demikian, kesahihannya belum dapat dipastikan.

Belum reda isu tersebut, kini jam tangan yang pernah disarungkan Shuib pula menjadi perbualan ramai.

Makcik Kiah tak tuduh Soeb ni terlibat macau scam yeee. Cuma dengan gaya hidup mewah yang di tonjolkan Ib sefamili, maka…

Posted by Makcik Kiah on Thursday, 8 October 2020

Menerusi satu posting di Facebook @Makcik Kiah, admin berkongsi beberapa harga jam tangan Shuib yang menjadi bualan ramai.

Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Kemudian, ada netizen yang membongkar harga beberapa jam tangan yang dipakai suami Siti Sarah tersebut.

Perkongsian itu menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.

Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata ‘tentera bawang’ mula membuat spekulasi dengan men1ngg4lkan pelbagai jenis komen.

Posting tersebut sehingga kini telah menerima lebih 200 komen dan hampir 160 shares.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang h4r4m.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang h4r4m (AMLA) SPRM.

Sumber: FB Makcik Kiah

 

“Saya Anggap Ini Dugaan”- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM

Penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis sebahagian daripada ujian dan cabaran berbisnes.

Jelas Shuib, dia dipanggil ke suruhanjaya terbabit untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Salam Jumaat, Alhamdulillah syukur… Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Akui Shuib, dia sedia berdepan cabaran sedemikian sejak mula mengambil risiko untuk menjalankan perniagaan.

You pray for the rain, you have to deal with the mud also,” tambah Shuib lagi.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, semalam pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Har4m (AMLA) SPRM.

Instagram: @shuibsepahtu

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak