“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena”. -Ustaz Ebit Lew Mengambil Tindakan Menghantar Lori Untuk Salurkan Bantuan Kepada Penjara Di Kedah

Seperti yang kita semua tahu, hampir separuh daripada kes harian c0v1d 19 yang dicatatkan negara kita ini datangnya daripada kes di penjara.

Enam penjara yang mencatatkan kes aktif tertinggi c0v1d 19 di Malaysia ialah Penjara Alor Setar, Tawau, Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting, Pokok Sena dan Penjara Wanita Kajang.

Sudahlah tinggal dalam kawasan yang terkepung dan mudah dij4ngk1ti w4b4k, apa yang buat hati admin sayu apabila Ustaz Ebit Lew katanya telah menerima sepucuk surat daripada Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena yang memohon bantuan. 

Menerusi perkongsian Facebook Ustaz Ebit Lew, beliau katanya telah menerima surat daripada penjara di Kedah yang memohon bantuan untuk warga penjara yang sedang diku4r4nt1n di sana.

sed1h dengan surat diterima tersebut, Ustaz Ebit bergegas membelikan barang bantuan seperti tilam, tuala, cadar, kipas, face shield dan barang-barang makanan serta barang asas. Allahuakhbar… besar jasa ustaz kita ni! 

Menurut Ustaz Ebit, walau bagaimanapun dia tidak dapat ke penjara tersebut sendiri untuk menghulurkan bantuan dan hanya menghantar lori bantuan ke sana.

Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah.

“Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang s4kit sembuhkan. Yang dij4ngk1ti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan.”

“Tiba masa kita balas budi para banduan. Pada awal c0v1d, mereka juga ambil bahagian menjahit PPE” 

Tindakan Ustaz Ebit tersebut mendapat pujian netizen yang bersimpati dengan situasi yang dihadapi mereka yang kini diku4r4nt1n di penjara. Harap-harap bantuan semua sampailah di sana dalam keadaan baik.

Semoga urusan Ustaz Ebit dipermudahkan-NYA… 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : LM