Alhamdulilah, TNB bagi diskaun bil elektrik sehingga Disember

BERITA gembira buat lebih tujuh juta pengguna elektrik seluruh negara akan terus menikm4ti diskaun bil antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Diskaun ini diberikan sebagai tanda sokongan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak c0v1d-19 kepada rakyat.

Pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt atau sehingga RM43.60.

Bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.

Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).

Selain itu, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.

Ia adalah pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web TNB atau e-mel  dan hubungi talian Careline 1-300-88-5454.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar