Perutusan Khas Perdana Menteri Yang Dinanti Rakyat Adakah PKP Akan Dilaksanakan. Ini Kenyataan Dari PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat satu perutusan khas secara siaran langsung di rumah beliau sendiri kerana sedang dikuar4ntinkan apabila salah seorang menteri (Dr Zulkifli) telah disahkan positif.

Beliau antara yang berada bersama Dr Zulkifli (Menteri Hal Ehwal Agama) sebelum disahkan positif c0vld19.

Sejak sehari dua ini, terdapat banyak cerita dan komen komen dari netizen berkenaan adakah PKP patut dilaksanakan? Hari ini PM kita akan menjawab semua persoalan.

ADAKAH PKP AKAN DILAKSANAKAN?

Perdana Menteri akui bahawa antara punca k3s c0vld meningkat adalah kerana PRN di Sabah. Beliau memberitahu PRN tidak dapat dielakkan kerana ia perlembagaan negara menuntut untuk membentuk kerajaan di Sabah selepas kerajaan di sana dibubarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga membuat kenyataan bahawa PKP masih belum boleh dijalankan. Antara sebab kenapa adalah kita tidak mampu untuk melaksanakan PKP lagi sekali kerana ia pasti akan melumpuhkan ekonomi negara.

Perdana Menteri juga beritahu bahawa PKPD hanya akan dilaksanakan di kawasan zon merah sahaja seperti di Sabah dan Kedah.

Pada kawasan yang bukan zon merah kita masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa cuma harus lebih berjaga jaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri juga memberi pesanan bahawa kuarantin tiada pilih kasih dan semua harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Beliau juga beritahu sebelum ini kita mampu melandaikan k3s c0v dan kali ini kita pasti boleh lakukan sekali lagi.

Sidang Media (Penuh)

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : AwatttSyeikhhh Network