“Banyak Perkara Perlu Saya Betulkan” – Aliff Aziz Mahu Mulakan Hidup Baru

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video anaknya, Ayden Adrean, 3, yang kelihatan sangat merindui bapanya itu.

Dalam video yang dikongsi di Instagram itu, Ayden mengatakan dia mahu ke Singapura untuk bertemu Aliff.

“Ayden mahu Daddy, Ayden nak pergi Singapura, Ayden nak tidur dengan Daddy,” katanya dalam video tersebut.

Perkara itu telah membuatkan Aliff berasa seb4k dan mengakui dia harus memperbaiki pelbagai perkara dalam kehidupannya.

“Isteri saya hantar video ini, sangat sed1h memikirkan masa yang memisahkan kami dan memberi kesan kepada anak pada usia kecil mereka.

“Ia mengajar saya untuk memperbetulkan kehidupan, banyak perkara saya perlu perbaiki agar kesalahan saya tidak memberi kesan kepada isteri dan anak.

“Saya tak malu mengakui banyak kesilapan yang telah dilakukan, tapi begitulah setiap kejadian manusia biasa,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Aliff juga memohon maaf kepada anak-anaknya kerana gagal menjadi seorang bapa yang baik.

“Kesalahan saya mengajar, ia telah memberi kesan kepada keluarga dan insan-insan tersayang.

“Daddy minta maaf sebab gagal jadi bapa yang baik, tetapi Daddy dah berada di landasan yang sepatutnya sekarang.

“Ayden dan adik telah membawa Daddy ke landasan baharu, tak sabar mahu jumpa kamu, Ara dan Mummy bila semua ini berakhir,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wifey just sent this video and it’s heartbreaking to see how time apart from my children affects them even at this tender age. It puts things into perspective for me to get my life straight. The pandemic is what it is but this goes a lot deeper for me than that. As i know how much straightening i have to do to not let my mistakes and wrongdoings to result in affecting my children and loved ones. I’m not ashamed to be a man and admit i screwed up in life many times over. Yes, i have many flaws to reflect on. But so does every human being. Negativity aside, i have been blessed with so much that i have taken forgranted with. My recent stint has taught me first hand how heavy the consequences are to my family and loved ones as a result of my mindless actions. Daddy apologize for failing to be a great father just yet but know that Daddy is on his track now buddy. You and your baby sister brought new drive for me and i can’t wait to see you, Ara and Mummy when all these is over soon. ❤️ When you hit rock bottom, there’s nowhere else but up. Insyaallahuta’ala.

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 (@iamaliffaziz) on

Terdahulu, Aliff telah dijatuhkan hukvman penjara selama dua minggu pada pertengahan September 2020 selepas didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Menerusi laporan Gempak pada 28 September, Aliff telah selesai menjalani hukvman tersebut dan isterinya, pelakon Bella Astillah bersyukur kerana ramai pihak yang mendoakan kebaikan untuk suaminya itu.

Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum bercer4i pada 16 Mei 2019.

Namun begitu, pasangan ini telah rujuk kembali dan dikurniakan anak kedua, Ara Adreanna yang kini berusia tiga bulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Banyak Perkara Perlu Saya Betulkan” – Aliff Aziz Mahu Mulakan Hidup Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*