Pihak UPSI Jelaskan Perkara Sebenar Kenapa Tidak Benarkan Ebit Lew Hantar Pelajar Ke Kampung Dengan Bas

Pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak mar4h dengan tindakan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyediakan bas untuk menghantar pelajar universiti itu pulang ke kampung masing-masing.

Na1b Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, Ebit Lew bagaimanapun perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan universiti terlebih dahulu dan mengikuti prosedur ditetapkan.

EBIT sempat berkongsi semangat dan nasihat kepada penuntut sebelum berlepas pulang. FOTO Ihsan FB Ebit Lew.

“Saya dan pihak pengurusan universiti tidak dimaklumkan. Kami hanya mengetahuinya melalui media sosial. Saya menghubungi Ebit Lew menjelaskan situasi dengan baik dan beliau memohon maaf. Bagaimanapun saya kata jangan minta maaf kepada saya, tetapi minta maaf kepada masyarakat.

“Beliau perlu faham pelajar dibawah tanggungjawab universiti dan jika berlaku perkara tidak diingini seperti kem4lang4n, dij4ngkiti peny4kit atau tidak sampai ke kampung masing-masing, pihak universiti yang akan dipertanggungjawabkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohammad Shatar berkata, Ebit Lew perlu juga memahami bahawa pihak pengurusan universiti perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Majlis k3selamatan Negara dalam proses penghantaran pulang pelajar.

Terdahulu, Ebit Lew dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau hari ini memohon maaf kepada UPSI kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pulang mahasiswa universiti tersebut pulang.

Menurutnya, beliau dihubungi Na1b Canselor UPSI secara peribadi dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka tersebut.

Malaysiakini - Jadilah seperti Ebit Liew

Sehubungan itu, katanya, beliau menangguhkan penggunaan bas yang disewa untuk menghantar pulang pelajar UPSI sehingga di beri kelulusan oleh pengurusan universiti itu.

Dalam pada itu, Mohammad Shatar berkata, kenyataan Ebit Lew yang mengambarkan seolah-olah pelajar universiti itu terk4ndas dan tidak mendapat makanan tidak benar kerana pelajar terbabit diberi makanan

Sumber : Kosmo Online

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/