(Video) Zahirah Macwilson kongsi tip gaya seluar jean untuk wanita h4mil

BAGI wanita h4mil selain emosi tidak stabil dan n4fsu makan yang sukar dijangka mereka juga tidak terlepas daripada mengalami perubahan bentuk badan.

Situasi itu lazimnya berlaku disebabkan perubahan hormon sepanjang tempoh keh4milan.

Perkara sedemikian turut diakui oleh pelakon dan model jelita Zahirah Macwilson, 25, yang kini berdepan kenaikan berat badan sehingga tidak muat untuk menyarungkan seluar jean.

zahirah
ZAHIRAH menyifatkan perubahan fizikal dan kenaikan berat badan sepanjang tempoh keh4milan menyukarkan beliau menyarungkan jean kegemaran, tetapi kini tidak lagi.

Menerusi laman sosial peribadi, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, itu memberitahu, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa keh4milan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.

“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita h4mil di Instagram baru-baru ini.

Tutur pemilik nama sebenar, Nur Zahirah Macwilson Zainol yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung.

Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar.

“Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.

“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.

Cara-caranya:

1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.

2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.

zahirah

3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.

4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.

zahirah

Ingat ya, meskipun mengandung itu tidak bermakna wanita tersekat untuk bergaya stailo dengan seluar denim kegemaran.

Solusinya mudah dan murah dengan hanya menggunakan getah pengikat rambut bagi membesarkan bahagian pinggang seluar.

Selamat mencuba!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Weeks 18-24 were an awkward stage for my body.. it was that stage where you don’t look too pregnant but you definitely have put on a few kilos and you most certainly feel rounder. So this was a trick I used when my jeans could still fit around my thighs & but I just COULD NOT button them 😒 I wanted to wait a few more weeks before going maternity shopping coz I knew I’d grow more as time went by. I didn’t wear jeans often but when I did.. I was glad for this hair tie trick! However, right now as I pass week 26, I’m definitely needing those maternity jeans 🤭 Anyway, you guys can try it too! Whether its the baby bump 🤰🏻 excuse or the donuts 🍩 😜 Stay tuned for more!

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar